GE2025: WP seolah-olah pandang ringan, tidak peduli jika SG hilang menteri Kabinet, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

PM Lawrence Wong di pusat penjaja One Punggol pada 29 Apr 2025. (Gambar: CNA/Raj Nadarajan)
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) seolah-olah pandang ringan dan tidak peduli jika Singapura kehilangan seorang menteri yang berpengalaman seperti Encik Gan Kim Yong.
Demikian ditegaskan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa (29 Apr).
"Mereka berkata, jangan bimbang, pasukan WP boleh menggantikan PAP (Parti Tindakan Rakyat) pada kos yang lebih rendah. Namun siapa dalam pasukan WP yang akan mengambil alih tugas Gan Kim Yong, mempengerusikan pasukan bertindak kita, melindungi rakyat Singapura dan berunding dengan Amerika mengenai tarif," Encik Wong memberitahu para wartawan selepas bertemu penduduk bersama pasukan PAP bagi GRC Punggol di One Punggol.
Pasukan empat anggota PAP, yang dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri Gan, bersaing dengan WP di kawasan undi baharu, iaitu GRC Punggol.
Encik Wong menambah bahawa Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Howard Lutnick mengadakan rundingan yang baik dengan Encik Gan "kerana ada rasa saling menghormat", dengan kemajuan yang baik sedang dicapai.
"Siapa dalam WP yang akan mengambil alih semua tugas ini? Tambahan lagi, memandang enteng perkara ini sedang kita bersiap sedia untuk berdepan isu-isu besar negara seperti itu," tanya Encik Wong.
Beliau menambah ia "agak mengecewakan" bahawa WP meneruskan "serangan-serangan negatif" terhadap Encik Gan dan pasukannya di GRC Punggol.
"Ia adalah pendekatan yang seolah-olah memandang ringan dan tidak bertanggungjawab terhadap kehidupan dan kesejahteraan semua rakyat Singapura," kata Encik Wong.
Ketua WP Pritam Singh sehari sebelum ini berkata, kenyataan bahawa mengundi bagi lebih banyak pembangkang akan menyebabkan kehilangan para menteri utama adalah "hujah lemah", sambil menambah bahawa kementerian luar Singapura tidak secara tiba-tiba "hilangan imbangan" apabila menteri ehwal luar pada waktu itu, Encik George Yeo, kalah dalam Pilihan Raya Umum 2011.
Encik Wong menarik perhatian bahawa terdapat "banyak kenyataan tidak tepat" dalam naratif kempen AP setakat ini, dengan sebahagiannya sudah beliau sangkal dalam rapat tengah hari pada Isnin (28 Apr), termasuk inflasi dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Sekalipun demikian, ia masih terus diulangi oleh parti pembangkang, meskipun pernah diperdebatkan dengan panjang lebar di Parlimen, ujar Encik Wong.
"Mereka tidak mengendahkannya dan terus menuding jari kepada pemerintah, menyalahkan GST, kerana mungkin bagi mereka, matlamat utama adalah untuk meraih keuntungan politik sebanyak mungkin, tanpa menghiraukan fakta," katanya mengenai WP.
"Saya berpendapat serangan negatif terhadap individu adalah sesuatu yang amat dikesali. Nada kempen ini juga amat mengecewakan. Saya rasa perkara seperti ini tidak wajar."
PERSAHABATAN DENGAN TIMBALANNYA
Encik Wong juga memberi respons kepada gesaan ketua WP bagi "peruntukan adil sumber-sumber daripada pembayar cukai" untuk semua orang, selepas Encik Gan menerusi ucapannya berkata perdana menteri adalah "sahabat baik" beliau dan beliau akan meminta lebih banyak dana bagi prasarana di Punggol.
"Ya, Gan Kim Yong adalah seorang sahabat. Beliau juga anggota utama pasukan. Adakah terdapat nilai untuk seseorang menteri utama mengetuai sesebuah GRC? Tentu sekali ada," ujar beliau.
para menteri Kabinet membawa "pengalaman dan kebolehan yang sudah dibuktikan", dan boleh memikirkan huraian-huraian baharu dan inovatif untuk mempertingkat keadaan di lapangan, kata Encik Wong.
"Mereka boleh mengutaraknnya dalam mesyuarat-mesyuarat menteri Kabinet kami. Kami berbincang, kami berkongsi dan kami melaksanakannya. Itulah caranya kami mempertingkat keadaan di Singapura," kata beliau.
Encik Wong menambah bahawa ada peruntukan adik sumber-sumber daripada pembayar cukai merata Singapura, seperti yang dilihat di kawasan undi Encik Pritam sendiri.
"Encik Pritam Singh bukan sahabat saya, namun beliau tetap bercakap dan memuji semua kemudahan di Aljunied. Jadi bukannya kami tidak memberi peruntukan sumber-sumber dan prasarana di merata Singapura. Kami lakukannya," kata Encik Wong.
BUKAN ORANG ASING KEPADA RAKYAT SG
Meskipun Encik Gan anggota baharu kepada pasukan di Punggol, beliau dikenali oleh rakyat Singapura, tambah Encik Wong.
"Gan Kim Yong tentu sekali bukan orang asing kepada penduduk Punggol mahupun rakyat Singapura. Bagaimana mungkin? Beliau sudah mengabdikan dirinya kepada perkhidmatan awam. Beliau sudah membantu kita mengharungi COVID. Beliau sudah melakukan begitu banyak untuk Singapura, dan kita menganggapnya sebagai orang asing? Ayuh kita bersikap lebih berbudi bahasa." kata beliau.
Encik Wong berkata beliau 'agak terkejut" dengan nada negatif yang digunakan oleh WP terhadap pasukan PAP di Punggol dalam rapat mereka.
"Kita mungkin berbeza pendapat, namun tidak perlu untuk melakukan serangan-serangan negatif terhadap individu, terutama sekali seseorang seperti Gan Kim Yong, yang sudah melakukan begitu banyak untuk Singapura dan beliau masih terus melakukannya," kata beliau.
Encik Wong menjadikan Encik Gan timbalannya selepas menyaksikan keupayaan Encik Gan. Kedua-duanya turut mempengerusikan pasukan bertindak berbilang agensi semasa pandemik COVID-19.
"Sekarang, beliau mempunyai tanggungjawab lebih besar, mengetuai pasukan bertindak untuk melindungi rakyat Singapura daripada ketidakstabilan ekonomi, dan menerajui perbincangan dengan Amerika dan negara-negara lain mengenai tarif dan perkara-perkara berkait perdagangan," kata Encik Wong.
Encik Wong menambah sama ada Encik Gan berada dalam jawatankuasa eksekutif pusat parti "tidak relevan", memandangkan beliau kekal sebagai timbalan perdana menteri dan anggota utama pasukannya.
Encik Wong berkongsi bahawa Encik Gan memutuskan untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kepimpinan parti untuk memberi ruang kepada pembaharuan tampuk kepimpinan parti.
KEHADIRAN STRATEGIK ANGGOTA KANAN PAP
Apabila ditanya mengenai kehadiran pemimpin kanan parti di seluruh negara semasa tempoh kempen, Encik Wong berkata ia adalah sebahagian daripada strateginya.
"Memang, jelas, ke mana pun kami pergi mendedahkan strategi tertentu di pihak kami. Kami mahu bertemu penduduk di semua tempat, tetapi sudah tentu kami akan memastikan kehadiran kami dirasai di kawasan-kawasan yang memerlukan kehadiran kami," katanya.
Encik Wong berkata beliau berada di One Punggol untuk menunjukkan sokongannya kepada pasukan GRC Punggol PAP, yang beliau sifatkan sebagai "pasukan yang baik", dengan tiga Anggota Parlimen penyandang dan Encik Gan, seorang pemimpin berpengalaman.
Pada Selasa pagi, Menteri Kanan Lee Hsien Loong juga menyertai pasukan GRC Tampines dan GRC Aljunied PAP secara berasingan untuk bertemu penduduk.
"Jadi antara Menteri Kanan Lee, saya sendiri dan ahli-ahli kanan lain dalam pasukan saya, kami akan melakukan demikian, kami akan menyokong satu sama lain, kerana kami akan sentiasa berjuang sebagai satu pasukan PAP," kata Encik Wong.
"Di mana sahaja calon kami berada, penduduk boleh yakin, calon baharu atau sedia ada, apa jua pasukan yang kami letakkan di mana-mana kawasan undi, mereka akan disokong sepenuhnya oleh PAP, dan kami akan melakukan segala yang kami boleh untuk berkhidmat kepada penduduk kami dengan baik."
Encik Wong juga menyelar WP, yang menumpukan perhatiannya kepada pengerahan Encik Gan di kawasan itu.
"Tentu sekali WP lebih suka saya meletakkan menteri baharu di sini, atau mungkin hanya teruskan dengan pasukan sedia ada dan calon baharu," katanya.
"Dan mungkin itulah sebabnya mereka memutuskan untuk meninggalkan segala-galanya di GRC Marine Parade dan datang ke sini ke Punggol, dengan tidak menjangkakan bahawa saya akan mengambil langkah ini.
"Jadi mari kita jelaskan, WP tidak tampil ke hadapan. Mereka malah meninggalkan GRC Marine Parade."
CABARAN UNIK PUNGGOL
Encik Gan berkata bahawa jika pasukannya dipilih, mereka akan membentuk Majlis Bandaran baharu untuk kawasan itu, dengan Cik Sun Xueling sebagai pengerusi.
Beliau menambah bahawa beliau akan mengambil alih bahagian Northshore di kawasan itu secara peribadi, kawasan baharu di Punggol yang masih membangun dan berdepan isu-isu unik kepada lokasinya.
"Saya akan mengambil alih kawasan Northshore untuk memastikan beberapa isu ini ditangani dengan serius dan teguh. Dan saya tidak boleh berjanji saya akan menyelesaikan semua masalah, tetapi saya berjanji bahawa saya akan melakukan yang terbaik untuk memperbaiki keadaan di Northshore, persekitaran, serta terus meningkatkan ketersambungannya," katanya kepada wartawan.
Kawasan Northshore berdepan isu-isu seperti unit Bina Ikut Tempahan Lembaga Perumahan dengan mutu kerja yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya dan akses internet mudah alih yang lemah di tempat letak kereta, perkara-perkara yang Encik Gan katakan beliau akan bekerjasama dengan agensi dan pihak berkaitan untuk menanganinya.
Kawasan itu juga mempunyai monyet liar yang menyerang estet, kata Encik Gan, yang membandingkan isu itu dengan ayam yang beliau tangani di GRC Chua Chu Kang sebelum ini.
Beliau berkata beliau akan bekerjasama dengan agensi berkaitan untuk mengurangkan jumlah monyet dan membiarkan penduduk yang tinggal di sana berasa selamat.
Encik Gan menambah bahawa beliau sudah menghabiskan beberapa hari kebelakangan ini bertemu dan berbual dengan penduduk di seluruh Punggol untuk mengetahui kebimbangan dan minat mereka.
"Saya rasa perasaannya sangat baik, dalam erti kata mereka cukup terbuka kepada saya. Dan sebenarnya, bukan semuanya positif. Mereka tidak berkata, 'Oh, kerja yang baik, sila teruskan'. Sesetengah daripada mereka cukup jujur, cukup terbuka, dan berkata bahawa mereka mempunyai masalah di sini," beliau berkongsi.
Encik Gan berkata bahawa akan sentiasa ada isu di mana-mana "kerana dunia tidak sempurna", tetapi beliau meyakinkan penduduk bahawa pasukannya akan bekerjasama dengan mereka untuk menjadikan Punggol tempat yang lebih baik ke hadapan.
Penduduk meminta laluan berbumbung di dalam kawasan Punggol, sesuatu yang menurut Encik Gan adalah "agak unik" kepada tempat itu kerana ia adalah "kawasan undi yang sangat terbuka".
"Anda mempunyai banyak kehijauan, banyak taman, banyak cahaya matahari, banyak hujan juga dan banyak angin. Jadi elemen cuaca adalah sangat besar berbanding dengan kawasan undi yang lebih matang. Jadi saya rasa akan ada keperluan untuk laluan bersambung yang berbumbung tambahan dan tempat menurunkan penumpang, yang mungkin lebih banyak daripada biasa," kata Encik Gan.
Beliau menambah bahawa usaha ini tidak berlaku di Punggol hanya kerana beliau berada di sana, tetapi kerana sifat kawasan undi itu memerlukan andaian reka bentuk dan parameter perancangan yang berbeza.
"Jika ini berfungsi untuk Punggol, ia akan digunakan untuk mana-mana kawasan undi lain yang mempunyai sifat yang sama, ruang terbuka dan sebagainya, supaya kita mempunyai perlindungan yang lebih baik untuk penduduk Punggol dan seluruh Singapura," kata Encik Gan.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.