GE2025: Ubah 'suka' jadi undi - bagaimana media sosial & podcast bentuk corak kempen pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:
Sejak GE2020, pendampingan digital semakin penting untuk semua parti politik. (Ilustrasi: CNA/Nurjannah Suhaimi)
SINGAPURA: Bagi Iris Than, cara terbaik untuk mengenali ahli politik Singapura bukanlah bercakap dengan mereka melalui Sesi Bertemu Rakyat (MPS) atau semasa lawatan dari rumah ke rumah, tetapi dengan menonton video mereka dan membaca bahagian komen di Instagram dan TikTok.
Pengurus kemampanan berusia 33 tahun itu berkata: "Interaksi secara peribadi biasanya sangat singkat, jarang dan cetek, mungkin disebabkan jadual mereka yang sibuk, jadi saya menghargai catatan dan komen Instagram sebagai saluran interaksi yang berterusan."
Beliau adalah antara pengundi yang semakin meningkat di sini yang kebanyakannya berinteraksi dengan Anggota Parlimen (AP) dan ahli parti pembangkang secara online.
Cik Than sudah biasa melihat orang-orang seperti Perdana Menteri Lawrence Wong terlibat dalam temu bual tidak rasmi di podcast atau dengan personaliti media sosial dalam suasana yang tidak konvensional.
PM Wong juga mengambil bahagian dalam video di mana beliau membincangkan Belanjawan negara di sebuah kafe kucing.
Sudah tentu, ahli politik di Singapura telah menggunakan media sosial untuk melibatkan diri dan mendampingi pengundi sejak wujudnya platform sedemikian. Walau bagaimanapun, terutamanya sejak Pilihan Raya Umum yang lalu pada tahun 2020 (GE2020), wadah-wadah online menjadi lebih penting berbanding sebelum itu.
Pilihan raya yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19 merupakan peristiwa penting yang membuktikan betapa pentingnya platform online untuk menarik minat pengundi, apabila perhimpunan atau rapat di tapak-tapak fizikal tidak dapat diadakan.

Tokoh-tokoh pembangkang seperti Dr Tan Cheng Bock, kini pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP), menarik perhatian anak muda Singapura dengan menggunakan istilah seperti “hypebeast” dan “woke” dalam temu bual dan catatan onlinenya yang cepat menjadi tular.
Dr Tan, yang bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) West Coast, memikat ribuan pengikut di Instagram sepanjang tempoh berkempen. Hari ini, beliau kekal sebagai salah seorang anggota pembangkang di Singapura yang paling ramai diikuti di platform itu, dengan 56,000 pengikut.
Dr Tan yang berusia 84 tahun tidak menolak kemungkinan yang beliau mungkin akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Dr Carol Soon, yang menerajui kajian oleh Institut Pengajian Dasar (IPS) mengenai penggunaan media dan internet semasa dua pilihan raya lalu, menyatakan bahawa kepentingan politik pelbagai platform media sosial telah berubah dari semasa ke semasa.
Blog dan laman alternatif yang popular pada 2011 telah digantikan oleh Facebook pada 2015, apabila gergasi media sosial itu menjadi pilihan utama orang ramai untuk mendapatkan maklumat berkaitan pilihan raya.
Kemudian pada 2020, platform video pendek TikTok, bersama-sama dengan podcast, membuka laluan untuk para calon mendampingi pengundi, menandakan trend yang hanya akan terus berkembang dalam pilihan raya akan datang, katanya lagi.
Dr Soon, profesor madya komunikasi dan media baharu di Universiti Nasional Singapura (NUS), menambah, platform-platform yang biasanya digunakan oleh golongan yang lebih muda juga semakin popular dalam kalangan generasi yang lebih tua, dengan para calon kini tidak mempunyai pilihan selain turut menggunakan media sosial sebagai wadah utama untuk mendekati pengundi.
Yang semakin menonjol ialah podcast dan video bentuk pendek, format yang membantu ahli politik kelihatan lebih mudah diakses, berbanding tugas rasmi mereka termasuk menyampaikan ucapan rasmi.
Trend-trend ini mencerminkan strategi politik yang juga dapat dilihat di luar negara. Di Amerika Syarikat, misalnya, Presiden Donald Trump yang dipilih semula lebih mengutamakan penampilan di podcast dan platform media sosial berbanding saluran media arus perdana semasa berkempen pada 2024.
Sungguhpun demikian, kehadiran online yang kukuh tidak selalu diterjemahkan kepada kejayaan dalam pilihan raya.
Beberapa pakar menunjukkan contoh calon presiden Ng Kok Song, yang kempen media sosialnya yang intensif semasa Pilihan Raya Presiden pada 2023 tidak menghasilkan sokongan yang ketara semasa pilihan raya tersebut. Sebaliknya, Encik Tharman Shanmugaratnam menang besar dalam pilihan raya itu.
Memandangkan Pilihan Raya Umum seterusnya (GE2025) diramal akan diadakan seawal bulan depan, para calon dan pengundi sama-sama bersiap sedia untuk menyaksikan pilihan raya yang mungkin akan dipengaruhi oleh pendampingan melalui media sosial lebih berbanding pilihan raya-pilihan raya lalu.
BAGAIMANA PARTI-PARTI POLITIK MENGGUNAKAN MEDIA ONLINE
Halaman media sosial rasmi parti politik mungkin menyerlahkan kerja yang mereka lakukan di lapangan atau coretan perbahasan Parlimen, tetapi ahli politik secara sendirian atau anggota parti sering mempunyai akaun media sosial masing-masing, di mana mereka cuba menonjolkan perwatakan mereka yang sebenar dan melibatkan diri dengan pengundi mereka secara langsung.
Bagi Parti Tindakan Rakyat (PAP), para Anggota Parlimennya, kebanyakannya menguruskan akaun media sosial mereka sendiri. Sesetengah pemegang jawatan politik menggunakan akaun peribadi mereka untuk mendampingi penduduk dan pengundi dan pada masa yang sama mempertingkatkan kerja-kerja yang dilakukan oleh kementerian mereka.
PAP memberitahu Mediacorp bahawa parti itu tidak mengambil "pendekatan tangkap muat" berhubung media sosial.
“Anggota Parlimen (AP) kami menyentuh pelbagai isu yang mereka dan penduduk mereka ambil berat secara mendalam. AP kami mempunyai personaliti yang berbeza dan memanfaatkan media sosial dengan cara mereka yang tersendiri."

Sebagai calon kali pertama dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), AP Mariam Jafaar (PAP-GRC Sembawang) berkata bahawa media sosial adalah kunci untuk berhubung dengan para pengundi apabila beliau menjadi perhatian umum.
Parti-parti pembangkang berkata bahawa media sosial penting untuk mendekati rakyat Singapura secara langsung, walaupun kebanyakan mereka beroperasi dengan sumber terhad dan bergantung kepada sukarelawan untuk mengendalikan akaun media sosial mereka.
Seorang wakil daripada Parti Pekerja (WP) berkata bahawa ia mengekalkan "kehadiran aktif" dalam semua platform media sosial utama, termasuk TikTok, di mana ia melancarkan akaun pada 2022.
“Media sosial adalah wadah yang penting dalam penglibatan politik, dan parti itu memanfaatkan platform digital untuk berhubung dengan sesiapa sahaja selagi mereka berasa selesa.”
Ini termasuk maklumat grafik berstruktur, video untuk menerangkan inisiatif atau dasar, promosi acara akar umbi, jangkauan sukarelawan dan pengundi, serta kandungan yang memerlukan "sentuhan manusia".

Sumber : CNA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.