GE2025: Tan Cheng Bock sahkan mahu bertanding
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
SINGAPURA: Pengasas Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) akan datang.
"Selagi saya boleh dan saya masih relevan, saya mahu bertanding... anda semua akan melihat saya bertanding," kata ahli politik veteran berusia 84 tahun itu pada Ahad (23 Jan) apabila ditanya oleh pihak media.
Apabila ditanya sekali lagi oleh pihak media untuk mengesahkan jika beliau akan berada di Pusat Penamaan Calon pada Hari Penamaan Calon, Dr Tan berkata: "Ia satu kesimpulan semula jadi bukan?"
"Saya rasa selagi saya masih relevan, dan saya rasa negara ini masih perlukan individu untuk berkhidmat, dan saya rasa bahawa saya boleh menyumbang kepada negara ini, saya tidak boleh mengabaikan tanggungjawab itu."
Apabila ditanya mengenai kesihatannya, Dr Tan berkata: "Saya masih boleh berbual dengan anda, saya masih boleh menjawab soalan anda."
"Setiap tahun saya menjalani pemeriksaan kesihatan (dan) pemeriksaan sebelum ini adalah ok,” tambah beliau.
Dr Tan memimpin sekitar 20 anggota PSP dan sukarelawan semasa melakukan lawatan ke Blok 488 Pusat Penjaja dan Pasar Clementi yang terletak di GRC Jurong.
Antara anggota kumpulan itu ialah Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai dan Hazel Poa, yang merupakan setiausaha agung parti.
Apabila ditanya mengapa parti itu memilih untuk melawat Jurong dan bukan GRC West Coast, iaitu kawasan undi yang ditandingi PSP dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini (GE2020), Dr Tan berkata West Coast "terlalu besar" dan sempadan kawasan undi itu mungkin akan disemak semula.
"Kami mempunyai ramai jiran, kami tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ia disemak semula," katanya.
"Kita mungkin sebahagian daripadanya, dan ia mungkin sebahagian daripada kita," kata Dr Tan.
Dr Tan ialah Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) di SMC Ayer Rajah antara 1980 dengan 2006, yang kemudian diserapkan ke dalam GRC West Coast.
Dr Tan memimpin pasukannya untuk bertanding di GRC West Coast dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), di mana mereka memperolehi 48.32 peratus undi dan kalah tipis di tangan pasukan PAP.
Dr Tan ditemani beberapa bekas calon PSP dalam pilihan raya umum sebelumnya: Jeffrey Khoo dari pasukan PSP GRC West Coast, Harish Pillay dari pasukan PSP GRC Tanjong Pagar dan Lim Cher Hong dari pasukan PSP SMC Pioneer.
Seorang muka baharu, Stephanie Tan, 36 tahun kelihatan menemani Dr Tan semasa lawatan PSP ke pusat penjaja Clementi pada Ahad.
Dalam makalah PSP 'The Palm', Cik Tan disifatkan sebagai seorang suri rumah sepenuh masa dengan dua orang anak, dan beliau graduan Fakulti Undang-Undang dari Universiti Nasional Singapura (NUS).
Apabila ditanya jika beliau merupakan salah seorang calon PSP, Dr Tan berkata: "Adakah anda bertanya mengenai rahsia saya? Saya tidak akan memberitahu anda, anda dapat melihatnya sendiri pada Hari Penamaan Calon."
Dr Tan berkata pendirian parti itu adalah untuk membawa masuk "muka-muka baharu", kerana "negara kita perlu ditadbir oleh orang-orang baharu".
"Merekalah yang akan melakarkan semua dasar untuk masa hadapan... Apabila kita berasa takut orang muda akan mengambil alih tempat kita, saya rasa itu adalah sesuatu yang merugikan," katanya.
Dr Tan turut ditanya mengenai persidangan PSP, yang akan diadakan pada bulan depan dan apabila Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seterusnya akan dilantik.
Dr Tan berkata seperti parti-parti politik yang lain, perubahan dijangka berlaku pada setiap persidangan sedemikian.
"Saya rasa ia juga baik, kerana akan ada pembaharuan dan perubahan, sesetengah orang mungkin berasa letih, (orang lain) mungkin mahu tampil dan mengambil alih... saya rasa ia suatu perkara yang baik."
Turut memberikan pandangan ialah Encik Leong yang berkata: "Kami kini 120 peratus fokus kepada persiapan pilihan raya umum, sebarang perubahan semasa persidangan parti hanyalah sebahagian daripada proses demokratik."

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.