GE2025: SPP seru agar lebihan belanjawan dikembalikan dalam bentuk Baucar CDC
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Rakyat Singapura (SPP) menyeru agar lebihan pendapatan pemerintah dikembalikan kepada rakyat, dalam bentuk baucar CDC.
Setiausaha Agung SPP Steve Chia berkata partinya menyarankan demikian sebagai respons kepada lebihan belanjawan yang semakin tinggi sedangkan perbelanjaan dalam negeri dijangka merosot.
Encik Chia berkata: "Kami jangkakan apabila RTS siap dalam masa dua tahun lagi, ramai rakyat Singapura akan menaiki kereta api ke Malaysia dan membelanjakan wang mereka. Ini akan menjejas para penjaja HDB kita, pemilik kedai kerana wang mengalir ke luar negara.
"Kami mahu membantu warga Singapura berbelanja di Singapura menggunakan baucar CDC, bagi membantu para penjaja dan pemilik kedai bertakat dan mengembangkan perniagaan."
Encik Chia berkata demikian semasa lawatan ke Toa Payoh Lorong 1 pada petang Ahad (27 Apr), bersama pasukannya yang bertanding di GRC Bishan-Toa Payoh.
Pasukan SPP di sini termasuk wajah baharu Muhammad Norhakim, dan ini kali keempat berturut-turut SPP bertarung dengan pasukan PAP.
Pasukan PAP di GRC ini diketuai Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat, yang juga berkempen bertemu para penduduk di kawasan yang sama.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.