GE2025: SM Teo ketuai lawatan pasukan PAP ke Pulau Ubin, muka baharu Valerie Lee ikut serta
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean telah mengadakan lawatan ke Pulau Ubin pada Ahad (11 Apr) untuk mendampingi para penduduk pulau tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean telah mengadakan lawatan ke Pulau Ubin pada Ahad (11 Apr) untuk mendampingi para penduduk pulau tersebut.
Turut serta dalam lawatan itu ialah muka baharu PAP, Cik Valerie Lee, yang sebelum ini pernah dilihat menyertai beberapa acara kemasyarakatan di Pasir Ris dan Punggol.
Beliau merupakan mantan Ketua Hal Ehwal Korporat bagi Singapura dan Asia Tenggara di Sembcorp Industries.
Cik Lee berkata: "Saya rasa tidak kira jumlah penduduk, kita akan berikan usaha 100% untuk terus menyokong para penduduk pulau itu, dan fikirkan beberapa rancangan untuk menghidupkan semula pulau itu."
Lawatan itu turut disertai oleh Anggota Parlimen Pasir Ris-Punggol GRC, termasuk Menteri Negara Kanan (Pembangunan Digital dan Maklumat & Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, Menteri Negara Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Desmond Tan, serta AP Sharael Taha.
Pulau Ubin sebelum ini terletak di bawah GRC East Coast dan diwakili oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.
Namun, beliau tidak kelihatan dalam rombongan lawatan tersebut pada Ahad (11 Apr).
Encik Sharael berkata: "Kita pada hari ini menziarahi penduduk-penduduk di Pulau Ubin untuk mengenal mereka dengan lebih baik lagi dan untuk memberi mereka keyakinan dan juga memberi mereka jaminan bahawa apa yang dilakukan oleh Dr Maliki dahulu – kerja-kerja baik oleh Dr Maliki dan juga pasukannya – kita akan langsung teruskan dengan kerja baiknya."
Berdasarkan laporan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) yang dikeluarkan pada Mac lalu, Pulau Ubin yang mempunyai kira-kira 30 pengundi akan diserapkan di bawah kawasan GRC Pasir Ris-Changi pada Pilihan Raya Umum (GE2025)akan datang.
GRC empat anggota itu dijangka merangkumi sekitar 100,639 pengundi bagi GE2025.

Sumber : BERITA Mediacorp/HK/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.