GE2025: SM Lee dilihat mengundi di Sekolah Perempuan Crescent
Menteri Kanan Lee Hsien Loong dilihat mengundi di Sekolah Perempuan Crescent pada tengah hari, Sabtu (3 Mei).

Menteri Kanan Lee Hsien Loong dilihat di Sekolah Perempuan Crescent pada 3 Mei 2025. (Gambar: Mediacorp)
Beliau tiba di pusat mengundi berkenaan bersama isterinya, Cik Ho Ching.
Pusat mengundi Sekolah Perempuan Crescent terletak dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tanjong Pagar.
Ini juga merupakan kali pertama selepas empat pilihan raya, atau 20 tahun, Encik Lee bertanding dalam pilihan raya bukan sebagai ketua parti atau Perdana Menteri.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.