Skip to main content

Singapura

GE2025: Shawn Loh muka baharu "paling sesuai" untuk penduduk GRC Jalan Besar, kata Josephine Teo

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Apr 2025 09:07PM Dikemas Kini : 13 Apr 2025 11:21PM
SINGAPURA: Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital Josephine Teo berkata muka baharu, Shawn Loh, akan menjadi calon yang paling sesuai untuk para penduduk di GRC Jalan Besar.

Encik Loh, mantan pengarah Kementerian Kewangan, merupakan antara lapan bakal calon baharu PAP yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada Sabtu (12 Apr).

Encik Loh menyertai Cik Teo dan para Anggota Parlimen GRC Jalan Besar yang lain di satu karnival khas buat keluarga muda.

Cik Teo berkata pasukan PAP di Jalan Besar menyasarkan untuk membantu memenuhi keperluan dan aspirasi berbeza-beza keluarga-keluarga di kawasan itu.

Encik Loh menambah, sebagai seorang bapa kepada empat orang anak sendiri, beliau juga berkongsi sentimen yang sama.

Beliau juga berharap untuk membantu perniagaan di tengah-tengah iklim sejagat yang tidak menentu sekarang.

"Saya berharap untuk membawa beberapa titik bernilai kepada masyarakat. Saya, seperti yang anda tahu, pernah dalam sektor awam sebagai seorang penggubal dasar kanan. Saya juga mempunyai pengalaman dalam sektor swasta.

"Saya rasa banyak perniagaan prihatin akan sekitaran dan saya berharap untuk membantu mereka dalam kapasiti tersebut juga," kata Encik Loh.

Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah pula berkata: "Saya juga gembira. Hari ini kita juga dapat bersama rakan-rakan GRC Jalan Besar di mana kita telah bersama berjumpa keluarga dan berkongsi kepada mereka bagaimana kita mahukan GRC Jalan Besar ini berkembang pada masa depan."
Sumber : CNA/FZ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita