GE2025: Setiap GRC harus jangkakan muka baharu jelang pilihan raya, kata Ong Ye Kung
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Kesihatan Ong Ye Kung. (kanan)(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata setiap kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) seharusnya menjangkakan adanya muka-muka baharu, dan ini termasuk GRC beliau iaitu Sembawang.
Encik Ong menambah sehingga tiga daripada setiap 10 calon PAP dalam setiap pilihan raya adalah muka baharu, dan ini adalah sebahagian daripada pembaharuan parti.
Encik Ong berkata demikian semasa satu majlis makan tengah hari yang dianjurkan badan amal Blossom Seeds, yang menyokong warga emas supaya kekal aktif.
Lebih 1,500 pemimpin masyarakat, rakan korporat dan penerima bantuan juga menghadiri majlis tersebut.
Agensi-agensi khidmat sosial, kata beliau lagi, menyasar untuk mengunjungi setiap rumah di Sembawang bagi mengenal pasti warga emas yang hidup bersendirian.
Encik Ong berkata: "Masih ada banyak lagi yang perlu kita lakukan. Saya berharap agar kami boleh mendapatkan penyertaan lebih banyak rakan kongsi kesihatan korporat".
"Saya berharap kami boleh bekerja rapat dengan masjid-masjid, dengan kuil-kuil, terutama sekali untuk mendampingi warga emas kita, untuk memastikan mereka kekal sihat. Kami boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menggalakkan warga emas menjadi aktif," tambahnya.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.