GE2025: SDP lancar slogan kempen, gesa dimansuhkan GST bagi keperluan harian
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) melancarkan slogan kempen parti itu bagi Pilihan Raya Umum akan datang pada Sabtu (19 Apr).
Ketua SDP Chee Soon Juan mengumumkan slogan parti itu 'Berkembang Maju, Bukan Sekadar Bertahan' ( "Thrive, Not Just Survive").
SDP meminta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikurangkan daripada 9 peratus kepada "7 peratus atau malah 5 peratus", dan dihapuskan bagi keperluan harian.
Parti itu menambah bahawa kos perubatan harus dikurangkan, supaya penduduk boleh "memberi tumpuan menjalani kehidupan yang sihat tanpa perlu bimbang tentang bil hospital".
Ia turut menegaskan lagi cadangannya melibatkan Flat Bina Ikut Tempahan (BTO).
Di bawah skim itu, kos tanah tidak dimasukkan dalam kos membina flat baharu dengan harga flat hanya ditentukan berdasarkan kos pembinaan.
Flat-flat tersebut tidak boleh dijual semula di pasaran terbuka.
Ketua SDP Chee Soon Juan memperkenalkan slogan kempen tersebut semasa di sesi bertemu rakyat di Bangkit Road pada Sabtu.
Menurutnya: "Ini adalah sesuatu yang telah diusahakan selama berbulan-bulan. Kami baru saja muktamadkan kandungannya, dan ini adalah mesej yang ingin kami sampaikan."
SDP turut menyeru dikurangkan kemasukan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) asing bagi memastikan "jaminan pekerjaan dan peluang lebih luas".
Dr Chee berkata: "Saya rasa selepas 60 tahun, rakyat Singapura berhak bertanya, 'adakah kita sudah berada di tahap di mana kita boleh mula menikmati hasil titik peluh kita?'
"Mutu hidup kita tidak boleh sentiasa berada pada titik di mana ... saya bergantung pada baucar membeli-belah. Kita sepatutnya melebihi tahap itu."
SDP juga menggesa pemerintah supaya memperkenalkan gaji minimum, di mana "setiap rakyat Singapura akan meraih pendapatan yang menggambarkan kos sara hidup sebenar".
SDP menyatakan bahawa ia akan melancarkan "strategi utara" untuk Pilihan Raya Umum yang akan datang.
Parti itu mendedahkan bakal calonnya di GRC Sembawang dan Marsiling-Yew Tee, serta SMC Bukit Panjangdan Sembawang West sejak beberapa minggu lalu.
Dr Chee akan bertanding di Sembawang West manakala pengerusi parti Paul Tambyah sekali lagi bertanding di Bukit Panjang.
GRC Sembawang mungkin berdepan dengan persaingan tiga penjuru,selepas Parti Perpaduan Nasional (NSP) melahirkan hasrat untuk bertanding di kawasan itu.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.