Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: SDP lancar manifesto yang termasuk mahu PSLE dimansuhkan

Parti Demokratik Singapura (SDP) melancarkan manifestonya di Yew Tee Square pada Ahad (20 Apr), sehari selepas memperkenalkan slogan parti - iaitu "Berkembang Maju, Bukan Sekadar Bertahan".

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: SDP lancar manifesto yang termasuk mahu PSLE dimansuhkan

Parti Demokratik Singapura (SDP) melancarkan manifestonya di Yew Tee Square pada 20 April 2025. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) melancarkan manifestonya di Yew Tee Square pada Ahad (20 Apr), sehari selepas memperkenalkan slogan parti - iaitu "Berkembang Maju, Bukan Sekadar Bertahan".

Manifesto itu mengetengahkan lebih 40 saranan berhubung enam tema, termasuk ekonomi, jagaan kesihatan, perumahan dan pendidikan.

SDP mahu kadar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikurangkan daripada 9 kepada 7 peratus.

Ia juga ingin menggantikan sistem MediSave, MediShield dan CareShield dengan satu sistem insurans kesihatan kebangsaan yang lebih mudah.

Bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran yang lebih sihat bagi kanak-kanak, parti itu juga mencadangkan supaya Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dimansuhkan.

Menurut bakal calon SDP bagi GRC Marsiling-Yew Tee, Jufri Salim, yang juga setiausaha penganjur SDP: "Pengurusan penduduk adalah ciri utama kerangka dasar keseluruhan negara. Sebab itulah strategi yang lebih holistik berorientasikan masa depan amat diperlukan. Antaranya pastikan rumah mampu dimiliki dan kurangkan masa menunggu. Keduanya memudahkan akses kepada penjagaan kesihatan yang baik dengan kos terjangkau."
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan