GE2025: RDU tidak percaya kepada 'pendekatan bermusuhan' bagi huraikan masalah rakyat SG
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Ili Nadhirah Mansor)
SINGAPURA: Walaupun Parti Titik Merah Bersatu (RDU) berada di pihak pembangkang, ia bukanlah musuh Parti Tindakan Rakyat (PAP) apabila menyelesaikan masalah rakyat Singapura.
"Kami mungkin tidak bersetuju dengan dasar-dasar tertentu, tetapi akhirnya, kita semua adalah rakyat Singapura," kata setiausaha agung RDU Ravi Philemon pada Sabtu (5 Apr).
"Kami semua mengambil berat tentang Singapura, dan itu adalah perkara penting yang tidak boleh kami lupakan."
Beliau menambah parti itu tidak percaya kepada pendekatan bermusuhan dalam menghuraikan masalah yang dihadapi oleh rakyat, dan "berfikiran sangat jelas mengenainya dan ke arah itu".
Encik Philemon berkata demikian apabila ditemui wartawan semasa sesi bertemu penduduk di Bukit Batok West Avenue 6, yang kini di bawah GRC Jurong East-Bukit Batok namun sebelum ini di bawah SMC Bukit Batok.
Dalam Pilihan Raya Umum 2020, ketua Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan bertanding di SMC Bukit Batok, namun dikalahkan oleh PAP Murali Pillai, di mana beliau mendapat 45.2 peratus undi.
Apabila ditanya sama ada sokongan yang diraih Dr Chee di kawasan undi adalah sesuatu yang akan dimanfaatkan oleh partinya, Encik Philemon berkata "beliau sentiasa berterima kasih kepada Dr Chee Soon Juan".
"Beliau adalah cahaya petunjuk terhadap ramai anggota dalam ekosistem pembangkang, termasuk saya, dan saya berterima kasih kepada beliau kerana beliau telah mendekati penduduk di sini sepanjang 10 tahun lalu," katanya.
"Sejumlah penduduk di SMC Bukit Batok sebelum ini tidak mengundi baginya, justeru bermakna beliau telah mempolitikkan SMC Bukit Batok."
Encik Philemon menambah RDU adalah parti yang merancang untuk bertanding di kawasan undi itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang, dan ia akan "meneruskan dengan usaha Dr Chee".
"Saya rasa beliau telah menyerahkan baton kepada kita dan kami akan meneruskan dengan perjuangannya demi rakyat Singapura," katanya.
Dr Chee telah katakan bahawa beliau akan bertanding di SMC Sembawang West, selepas SMC Bukit Batok diserapkan ke dalam GRC Jurong East-Bukit Batok.

SLOGAN KEMPEN BAGI JURONG EAST-BUKIT BATOK DIUMUMKAN
Encik Philemon berkata tema bagi kempen Pilihan Raya Umum RDU di GRC Jurong East-Bukit Batok adalah 'tingkatkan standard' atau "raise the standard".
Slogan itu dipilih berdasarkan beberapa rasa tidak puas hati dan aduan yang dikongsi oleh para penduduk di sana.
Beliau berkata, sebagai contoh, terdapat golongan muda dan warga emas yang cuba mendapatkan pekerjaan yang membayar gaji lebih baik namun "sukar untuk mereka dapatkannya."
Sehubungan itu, Encik Ravi turut memperkenalkan tiga "ketua pasukan" parti yang mendampingi para penduduk di Jurong East-Bukit Batok.
Mereka adalah: Cik Liyana Dhamirah, seorang pengurus di sebuah pertubuhan bukan mengaut keuntungan; Encik Ben Puah, seorang karyawan dan penganjur seni masyarakat, dan Encik Harish Mohandas, seorang jurutera perisian utama.
Cik Liyana telah bertanding di bawah RDU dalam Pilihan Raya Umum 2020 di GRC Jurong - iaitu satu-satunya kawasan undi di mana parti itu bertanding - di mana ia meraih 25.39 peratus undi.

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.