GE2025: RDU sasar Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan berhubung catatan FB Calvin Cheng
Ketua RDU Ravi Philemon, calon di GRC Nee Soon berucap di rapat pilihan raya RDU di Sekolah Sains dan Teknologi pada 29 April 2025. (Gambar: CNA/Liew Zhi Xin)
Catatan mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Calvin Cheng mencadangkan agar aktivis pro-Palestin dihantar ke Gaza dan dilarang pulang ke Singapura.
"Catatan itu bukan sahaja menyinggung perasaan. Ia mengguris hati seluruh masyarakat. Ia juga menggugat perpaduan yang menyatukan Singapura," kata calon RDU bagi GRC Holland-Bukit Timah, Sharad Kumar, semasa berucap di rapat yang diadakan di Sekolah Sains dan Teknologi.
Dr Balakrishnan, Anggota Parlimen dan menteri utama GRC tersebut, berkata bahawa beliau tidak "menyukai" catatan itu dan tidak berkongsi pandangan Encik Cheng. Setiausaha medianya sebelum ini memberitahu Mediacorp bahawa Meta sedang menyiasat perkara itu.
"Tetapi apabila anda menjadi menteri pemerintah Singapura, kata-kata anda, tindakan anda, sekalipun dengan berdiam diri, tanda suka anda di Facebook, semuanya penting," kata Encik Sharad. "Kepimpinan bukan hanya tentang membina struktur. Ia mengenai membina kepercayaan dan ... kepercayaan tidak boleh bertahan dengan kekaburan."
"Beliau pernah berkata, dan saya mahu menukilnya: 'Berapa yang anda mahu? Adakah anda mahu makan tiga kali sehari di pusat penjaja, pusat makanan atau restoran?'" kata Dr Foo, sambil merujuk kepada kenyataan pada 2007 di mana Anggota Parlimen ketika itu Lily Neo membangkitkan keprihatinan para penerima bantuan awam yang terpaksa ikat perut disebabkan oleh sokongan kewangan yang tidak mencukupi.
"Jangan kita lupa, ini adalah orang sama yang pernah menyifatkan lawan politiknya sebagai tidak cekap dan tidak boleh dipercayai," kata Dr Foo.
Beliau berhujah bahawa Dr Balakrishnan mewakili GRC Holland-Bukit Timah yang sudah menjadi kubu kuat parti pemerintah: "Sebuah kubu untuk golongan elit, taman permainan untuk mereka yang mempunyai hubungan baik, sebuah GRC di mana mereka menganggap bahawa mereka tidak perlu berusaha terlalu keras kerana mereka fikir kita yang lain sedang lena tidur."
Selain GRC Holland-Bukit Timah, RDU juga meletakkan calonnya di GRC Jurong East-Bukit Batok, GRC Nee Soon dan SMC Jurong Central.
HUBUNGAN SULIT
Calon RDU juga mengkritik analogi "kepak ayam" Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu, yang dibuat semasa menyampaikan ucapan di rapat PAP minggu ini untuk menjelaskan langkah sokongan yang mengiringi kenaikan GST.
Cik Fu berkata: "Kami mengambil kepak ayam daripada anda tetapi memberi anda seekor ayam."
“Betul ke?” tanya Dr Foo. "Adakah anda merasakan bahawa anda telah mendapat keseluruhan ayam, atau adakah ia seekor merpati? Ia kelihatan sama, tetapi saiznya berbeza."
Beliau berkata Cik Fu menceritakan "kisah dongeng" tentang bagaimana GST 9 peratus "kononnya untuk manfaat kita semua".
“Beliau berkata ia membolehkan kita mengenakan cukai ke atas warga asing, tetapi selepas saya semak, warga asing mendapat bayaran balik GST mereka di Lapangan Terbang Changi sebelum mereka terbang pulang,” kata Cik Liyana.
Para calon RDU juga mengkritik cara PAP menangani kes hubungan sulit antara mantan Speaker Parlimen Tan Chuan Jin dan mantan Anggota Parlimen PAP Cheng Li Hui, dengan setiausaha agung RDU Ravi Philemon menyifatkannya sebagai kebertanggungjawaban kepimpinan yang teruk.
Beliau berkata mantan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengetahui tentang hubungan yang tidak wajar itu tetapi menyimpannya daripada rakyat Singapura selama lebih dua tahun.
"Kenapa dirahsiakan daripada orang ramai?" tanya beliau.
"Bagaimana kita boleh mempercayai ... parti pemerintah yang menyimpan maklumat penting daripada rakyatnya? Adakah ia hanya untuk kekal berkuasa?"
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.