Skip to main content

Singapura

GE2025: RDU saran rancangan agih wang tunai tanpa syarat kepada rakyat SG

Parti Titik Merah Bersatu (RDU) menyarankan agar satu projek perintis dijalankan bagi rancangannya, iaitu pengagihan wang tunai tanpa syarat kepada rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Apr 2025 07:12PM Dikemas Kini : 01 May 2025 08:31PM
SINGAPURA: Parti Titik Merah Bersatu (RDU) menyarankan agar satu projek perintis dijalankan bagi rancangannya, iaitu pengagihan wang tunai tanpa syarat kepada rakyat Singapura.

Parti pembangkang itu menyatakan hasil daripada projek perintis tersebut harus diukur sebelum langkah seterusnya diambil.

Menurut manifesto RDU, wang tersebut bertujuan mengukuhkan kewangan rakyat di tengah-tengah sekitaran pekerjaan yang semakin tidak stabil.

Dalam pada itu, pasukan RDU yang bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Jurong East-Bukit Batok turut mengedarkan risalah partinya berhampiran MRT Jurong East pada Rabu (30 Apr).

Apabila ditanya bagaimana mereka akan mengendalikan majlis bandaran secara berbeza daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) jika terpilih, parti tersebut menjawab, ia adalah dengan menjalankan tugas secara konsisten, bukan secara berbeza.

RDU juga mahu membina prasarana lebih baik untuk warga emas.

Calon RDU bagi GRC Jurong East-Bukit Batok, Marcus Neo, berkata, "Kami lihat di pusat pertukaran bas Bukit Batok, ada orang tua yang turun tangga secara mengundur. Jadi untuk menjawab soalan bagaimana kita akan melakukan tugas secara berbeza, terutama di Bukit Batok, kami pastinya memperjuangkan pembinaan prasarana warga emas di GRC ini, di mana sahaja ia diperlukan."
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita