GE2025: RDU mahu perbetul "apa yang tidak kena", usul "kompak sosial baharu"
Anggaran Waktu Membaca:

Setiausaha Agung Titik Merah Bersatu Ravi Philemon semasa sesi rakaman siaran politik parti pada Apr 24, 2025. (Gambar: CNA)
SINGAPURA: Walaupun rakyat Singapura pernah mengimpikan "5C" - wang tunai (cash), kereta (car), kad kredit (credit card), kondominium (condominium) dan keahlian kelab mewah (country club membership) - aspirasi itu kini seolah-olah tidak lagi dapat dicapai, menurut Parti Titik Merah Bersatu (RDU).
"Sebagai gantinya, kita ditawarkan 5C baharu: Baucar CDC, agihan wang tunai (cash), tokokan CPF, rebat penyenggaraan (conservancy rebate) dan diskaun kad CHAS," kata Setiausaha Agung RDU Ravi Philemon semasa Siaran Politik Parti pada Jumaat (25 Apr).
"Itu tidak membina maruah. Ia bukan masa depan. Ia hanya untuk kelangsungan hidup."
Beliau berkata bahawa bagi ramai orang, kehidupan tidak bertambah baik dalam tempoh lima tahun yang lalu, sambil menambah bahawa gaji kekal sama, kos semakin meningkat dan masa depan terasa lebih tidak menentu daripada sebelumnya.
Ketua RDU itu menambah bahawa partinya bertanding dalam pilihan raya kerana "ada sesuatu yang tidak kena".
Untuk memperbaikinya dan melakukan yang lebih baik, parti itu menyokong "perjanjian sosial baharu" - satu yang akan mengembalikan "maruah kepada rakyat Singapura" dan yang menganggap negara ini sebagai kediaman "warga kelas pertama".
RDU menampilkan 15 calon di empat kawasan undi dalam pilihan raya akan datang - SMC Jurong Central, GRC Jurong East-Bukit Batok, GRC Holland-Bukit Timah dan GRC Nee Soon, di mana Encik Philemon memimpin pasukan seramai lima anggota.
Dalam ucapan semasa Siaran Politik Parti, Encik Philemon mengulangi pelbagai cadangan daripada manifesto pilihan raya partinya, yang berpusat kepada kemakmuran kolektif, perumahan, jagaan kesihatan, keadilan, ketelusan dan kepercayaan.
MEMBINA "KOMPAK SOSIAL BAHARU"
Encik Philemon menarik perhatian kepada pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.4 peratus pada tahun lalu, tetapi mempersoalkan siapa yang meraih manfaatnya.
"Jika pertumbuhan hanya dilihat dalam bentuk nilai hartanah pegangan bebas dan kereta mewah, sedang anda ikat perut untuk membayar bil elektrik, maka itu bukan kemakmuran. Itu ketaksamaan," katanya.
Untuk mengatasinya, parti itu mencadangkan agar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan kepada 7 peratus, daripada 9 peratus sekarang.
RDU juga mencadangkan penubuhan "Dividen Warga", yang katanya akan menjadi "pembayaran langsung, tanpa syarat" kepada rakyat Singapura. Encik Philemon berkata pembayaran itu bukan bertujuan sebagai satu agihan, tetapi sebagai "bahagian yang sah" daripada kekayaan yang mereka bantu menciptanya.
Beliau menjelaskan bahawa dividen itu tidak akan dibiayai melalui rizab negara, yang "kami percaya perlu dilindungi".
Sebaliknya, ia adalah daripada lebihan negara, daripada pengurangan "pembaziran pemerintah" termasuk gaji datuk bandar, dan daripada pelarasan cukai sederhana yang dikenakan "bukan ke atas warga biasa, tetapi kepada golongan hartawan".
Untuk perumahan, Encik Philemon mempersoalkan adakah adil untuk membayar "harga tertinggi" untuk flat awam, hanya untuk banyak daripadanya suatu hari nanti "bernilai sifar" apabila pajakan 99 tahun tamat.
Parti itu mencadangkan untuk menjadikan setiap estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) layak untuk pembangunan semula. Ia juga mahu memperkenalkan skim sewa untuk beli dan mengembangkan perumahan sewa awam, terutamanya untuk golongan bujang dan keluarga berpendapatan rendah.
"Perumahan bukan hanya tentang membeli. Ia tentang pemilikan. Tiada rakyat Singapura yang harus takut menjadi tua di bawah bumbung yang semakin hilang nilainya," kata ketua RDU itu dalam ucapannya selama hampir lima minit.
Dalam aspek jagaan kesihatan, parti itu mengesyorkan pengembangan MediShield Hayat, penstrukturan semula Medifund, dan menetapkan had kos yang perlu dibayar sendiri.
"Penjagaan kesihatan tidak seharusnya menjadi keistimewaan. Ia seharusnya menjadi satu janji," kata Encik Philemon.
Beliau juga berkata bahawa parti itu akan mengutamakan rakyat Singapura dari segi perumahan, pekerjaan dan peluang,sambil berjanji akan mengiktiraf sumbangan dan bukan hubungan.
"Jika anda bekerja keras, berkhidmat untuk negara, membayar pinjaman anda - anda tidak seharusnya dilayan seperti warga kelas kedua hanya kerana anda tidak dilahirkan dengan keistimewaan," tambahnya.
Sebelum menggulung ucapannya, Encik Philemon berkata Singapura yang lebih adil tidak dapat dibina tanpa kepercayaan.
Parti itu percaya bahawa lebih banyak data baharu dan maklumat - sama ada untuk perumahan, jagaan kesihatan atau pekerjaan - mesti disediakan kepada orang ramai, supaya rakyat Singapura dapat terlibat sama dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
"Dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, kita mesti menyemak semula undang-undang yang menghalang pemikiran kritis dan perbincangan jujur. Kita tidak boleh takut kepada soalan-soalan sukar," kata setiausaha agung itu.
Encik Philemon berkata bahawa RDU percaya pada Singapura di mana "tiada seorang pun yang akan ketinggalan" dan di mana maruah bukan hanya "dikhaskan untuk orang kaya sahaja".

Sumber : CNA/DN/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.