Skip to main content

Singapura

GE2025: Rakyat SG mahu PAP tampilkan pasukan terbaik pimpin negara: PM Wong

Perdana Menteri Lawrence Wong berkata rakyat Singapura mahu Parti Tindakan Rakyat (PAP) menampilkan pasukan terbaik bagi membawa negara mengharungi ketidaktentuan global.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Rakyat SG mahu PAP tampilkan pasukan terbaik pimpin negara: PM Wong

Perdana Menteri Lawrence Wong (tengah) semasa sidang media di The Treasury pada 4 Mei 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 May 2025 07:26PM Dikemas Kini : 04 May 2025 07:34PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong berkata rakyat Singapura mahu Parti Tindakan Rakyat (PAP) menampilkan pasukan terbaik bagi membawa negara mengharungi ketidaktentuan global.

PM Wong berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan dalam persidangan media berhubung sama ada beliau berpuas hati dengan hasil keputusan GE2025 terutama mandat lebih kecil di kawasan undi seperti SMC Jalan Kayu, GRC Punggol dan GRC Tampines.

"Tiada siapa yang benar-benar tahu atau menjangkakan apa yang akan terjadi dan bagaimana Singapura akan membuat keputusan.

"Kita pernah dikejutkan dengan kelebihan dan kita juga pernah dikejutkan dengan keburukan kerana pada akhirnya, terdapat pelbagai keadaan dan pertimbangan yang rakyat Singapura harus ambil kira sebelum mereka mengundi," kata PM Wong.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong juga berkongsi tentang persaingan sengit di kawasan undi panas GRC Punggol di mana PAP menang dengan 55.17 peratus undi.

Encik Gan berkata beliau memberi tumpuan tentang bagaimana beliau dapat berhubung dengan para penduduk di kawasan baharu itu seperti mana yang dilakukannya semasa berpindah dari GRC Holland-Bukit Panjang ke SMC Chua Chu Kang pada 2006.

"Saya selalu rasakan bahawa setiap pertarungan itu layak diperjuangkan kerana ia bukan sahaja persaingan menentang pihak pembangkang tetapi satu peluang untuk saya berhubung juga dengan penduduk saya, mendekati penduduk-penduduk saya dan memperbaharui kepercayaan yang saya ada dengan penduduk saya dan untuk mendalami hubungan yang saya sudah bina dengan penduduk saya," kata Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong yang juga AP Dipilih di GRC Punggol.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita