GE2025: Rakyat SG keluar mengundi pada 3 Mei
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail sebuah simulasi Pusat Mengundi di Jabatan Pilihan Raya Singapura. (Gambar: CNA/Syamil Sapari)
SINGAPURA: Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei bagi Pilihan Raya Umum ke-14, selepas Presiden Tharman Shanmugaratnam membubarkan parlimen pada Selasa (15 Apr).
Hari Penamaan Calon diadakan pada 23 April.
GE2025 akan menjadi pilihan raya pertama di bawah Perdana Menteri Lawrence Wong dan para pemimpin generasi keempat Singapura atau pasukan kepimpinan 4G. PM Wong mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada Mei tahun lalu.

Encik Wong dilantik sebagai setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Disember 2024, menggantikan Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Sebanyak 97 kerusi dari 33 kawasan undi terdiri daripada 18 Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan 15 Kawasan Undi Perseorangan (SMC) akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum ini.
Semasa Pilihan Raya Umum 2020, yang diadakan di tengah-tengah pandemik COVID-19, parti mentadbir PAP memperolehi 61.24 peratus undi, dan menang 83 daripada 93 kerusi yang dipertandingkan.
Pada GE2020, parti pembangkang Parti Pekerja (WP) masuk ke Parlimen selepas berjaya merebut GRCnya yang kedua.
Ketua WP Pritam Singh secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang.
Pilihan Raya Umum yang akan datang mungkin menampilkan calon dari 11 parti termasuk dua pakatan parti pembangkang.
Parti-parti pembangkang telah bertanding bagi merebut semua kerusi yang dipertandingkan sejak Pilihan Raya Umum 2015 (GE2015).

TEMPOH BERKEMPEN SELAMA 9 HARI
Hari Penamaan Calon menandakan bermulanya tempoh berkempen selama sembilan hari.
Tempoh berkempen berakhir pada 1 Mei, selepas itu akan diadakan Rapat Hari Buruh di mana pemimpin gerakan buruh dan rakan kongsi tiga pihak akan berkumpul bagi menghadiri acara besar-besaran, dengan ucapan disampaikan oleh perdana menteri.
Keesokan harinya iaitu 2 Mei, adalah Hari Bertenang untuk memberi para pengundi masa untuk berfikir dan menimbangkan isu-isu utama sebelum keluar mengundi.
"Di bawah undang-undang, Hari Mengundi bagi mana-mana Pilihan Raya Umum turut diisytiharkan sebagai hari cuti umum. Maka itu, setiap majikan perlu memberikan masa yang secukupnya untuk para pekerja mereka keluar mengundi," menurut Jabatan Pilihan Raya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Selasa.
Jabatan Pilihan Raya turut menamakan Encik Han Kok Juan sebagai Pegawai Pilihan Raya kali ini. Beliau adalah ketua pengarah di Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Terdapat sembilan pusat penamaan calon meliputi beberapa divisyen kawasan undi.
Para calon harus menyerahkan kertas pencalonan kepada Pegawai Pilihan Raya antara pukul 11.00 pagi hingga tengah hari pada 23 April.
MASA PILIHAN RAYA UMUM DIADAKAN
Gambaran Pilihan Raya Umum akan diadakan semakin meningkat sepanjang beberapa bulan lalu, terutama sekali selepas pembentukan sebuah jawatankuasa yang menyemak sempadan kawasan undi.
Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) dibentuk pada 22 Januari lalu.
Hampir tujuh minggu kemudian, ia menerbitkan laporan yang memperincikan perubahan terhadap peta kawasan undi Singapura, di mana lima GRC dan empat SMC kekal tidak berubah daripada pilihan raya umum sebelumnya.
Beberapa parti politik juga telah mengumumkan calon berpotensi masing-masing dan mula meningkatkan kehadiran mereka di sesi lawatan bertemu rakyat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Selepas tarikh bagi Hari Penamaan Calon diumumkan, PM Wong berkata Singapura sedang menyaksikan "perubahan ketara" terhadap dunia.
"Ia semakin tidak menentu, malah kurang stabil. Keadaan global yang mendorong kejayaan Singapura sepanjang beberapa dekad lalu mungkin tidak dapat bertahan lagi," kata Encik Wong dalam catatan Facebook pada Selasa.
"Ini sebab mengapa saya mengumumkan Pilihan Raya Umum ini. Di tahap yang penting ini, rakyat SIngapura perlu membuat keputusan mengenai pasukan yang layak memimpin negara kita, dan melakar hala tuju kita bersama."
Antara keprihatinan para pengundi dalam Pilihan Raya Umum kali ini termasuk mengenai kos sara hidup, serta pekerjaan dan pengangguran, menurut satu tinjauan yang dijalankan pada Januari lalu.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.