Skip to main content

Singapura

GE2025: PSP tidak tolak bakat asing, tapi bagaimana mereka dipilih: Dr Tan Cheng Bock

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Apr 2025 08:16PM Dikemas Kini : 27 Apr 2025 11:28PM
SINGAPURA: Pengerusi Parti Kemajuan Singapura (PSP) Dr Tan Cheng Bock menegaskan, PSP tidak menentang bakat asing di Singapura.

Namun, isunya adalah bagaimana mereka dipilih.

Dr Tan berkata demikian sebagai mengulas komen Perdana Menteri Lawrence Wong sewaktu rapat umum PAP pada malam Sabtu (26 Apr), di mana PM Wong berkata, PSP terus mengulangi pendiriannya tentang bakat asing untuk meraih undi.

Menurut Dr Tan, PAP menyampaikan mesej yang salah kepada rakyat Singapura berhubung isu kedatangan warga asing, dan harus menerima pandangan lain, yang turut diutarakan sesetengah rakyat Singapura.

Dr Tan berkata: "Pendirian kami agak jelas, kami sentiasa mengalu-alukan warga asing, tetapi kami ingin garis panduan yang betul, supaya rakyat Singapura tidak tersingkir daripada pasaran buruh.

"Saya ingin memastikan, pekerjaan anda semua stabil dan anda tidak kehilangan kerja kerana orang lain yang dibayar lebih rendah, datang ke sini. Saya ingin tahu sama ada mereka layak untuk menggantikan anda semua. "

Beliau berkata demikian kepada media semasa berkempen di SMC Marymount dan Kebun Baru.

Pengerusi PSP itu menambah, PAP tiada monopoli terhadap isu-isu yang dihadapi rakyat Singapura, dan sekali lagi menggesa rakyat supaya mengundi calon PSP.

"Pada saya, pada akhir perbahasan, idea-idea terbaik akan muncul.

"Tetapi jika anda ingin meniadakan perdebatan dan kata 'Saya sahaja yang boleh katakan perkara-perkara ini', saya rasa, kita ada masalah. Itu sebabnya kami mahu hantar beberapa anggota PSP ke parlimen agar lebih seimbang," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita