GE2025: Prosedur dan peraturan pada Hari Penamaan Calon
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei untuk Pilihan Raya Umum ke-14 negara ini, selepas Presiden Tharman Shanmugaratnam membubarkan Parlimen pada Selasa.
Hari Penamaan Calon pula ditetapkan pada 23 April.
Bagi mereka yang mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang, apakah yang perlu mereka sediakan menjelang Hari Penamaan Calon?
Untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum, para calon harus menyerahkan borang dan sijil tertentu.
Sebelum ini, para calon perlu ke Jabatan Pilihan Raya (ELD) secara fizikal untuk mendapatkan dan mengisi Kertas Penamaan Calon.
Namun sejak Pilihan Raya Umum 2020, proses itu kini boleh dilakukan secara online menerusi laman web ELD.
Dalam dokumen itu, para calon perlu menyertakan nama dan nombor NRIC mereka atau kumpulan calon, serta pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat orang penyetuju, dan tentu sekali, kawasan undi yang ingin ditandingi.
Bagi calon-calon minoriti yang ingin bertanding di GRC, mereka harus mendapatkan sijil daripada jawatankuasa masyarakat masing-masing.
Deposit pilihan raya yang ditetapkan adalah S$13,500 - sama seperti jumlah deposit pada 2020.
Mereka boleh membayar deposit itu secara online dan ia mesti dibuat sebelum pukul 12.00 tengah hari pada Hari Penamaan Calon.
Calon akan kehilangan deposit jika mendapat kurang daripada satu lapan undi di kawasan undi yang ditandinginya.
Pada 2020, calon-calon di dua kawasan undi kehilangan deposit mereka.
Pada 2015 pula, tiga calon gagal mendapatkan semula deposit mereka.
Calon-calon juga mesti memohon bagi Sijil Derma Politik.
Contohnya, mereka mesti melaporkan sumbangan derma berjumlah S$10,000 atau lebih - sama ada satu atau berbilang sumbangan derma daripada penderma yang sama - dalam mana-mana tahun kalendar.
Mereka juga tidak dibenarkan menerima sumbangan derma berjumlah lebih S$5,000 daripada penderma yang tidak diketahui dalam tempoh relevan.
Ini demi memerangi kemungkinan ada campur tangan asing, atau kempen maklumat bermusuhan oleh pihak asing.
Butiran lanjut dalam proses permohonan termasuk melantik ejen pilihan raya.
Calon juga perlu mendedahkan jika mereka ada sebarang kaitan asing.
Gambar untuk disertakan kepada kertas undi juga diperlukan.
Selepas mengisi Borang Penamaan Calon, bakal calon mesti menyerahkannya secara fizikal kepada Pegawai Pilihan Raya antara pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari pada Hari Penamaan Calon.
Penyerahan yang lewat atau tidak lengkap tidak akan diterima.
Para calon boleh membantah terhadap sebarang pencalonan lain antara pukul 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Ia boleh dibuat berdasarkan atas alasan seseorang calon itu tidak sesuai, atau sekiranya Kertas Penamaan Calon tidak difailkan dengan betul.

Sumber : CNA/AI/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.