GE2025: PPP mahu bertanding di GRC Ang Mo Kio
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
- Parti Kuasa Rakyat (PPP) secara rasmi mengumumkan pada Sabtu (5 Apr) bahawa ia mahu bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
- Pasukannya akan dipimpin oleh bendahari PPP William Lim dengan calon-calon lain diumumkan kemudian.
- Satu lagi parti pembangkang, Parti Bersatu Singapura (SUP) juga menyatakan hasrat untuk bertanding di GRC Ang Mo Kio, kata Encik Goh, sambil menambah beliau telah membuat "beberapa tawaran" kepada setiausaha agung SUP Andy Zhu untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
- Selain Ang Mo Kio, PPP sebelum ini menyatakan ia berhasrat untuk bertanding di SMC Jalan Kayu, Tampines Changkat dan GRC Tampines.
SINGAPURA: Parti Kuasa Rakyat (PPP) secara rasmi mengumumkan pada Sabtu (5 Apr) bahawa ia mahu bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Ang Mo Kio dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Pasukannya akan dipimpin oleh bendahari PPP William Lim dengan calon-calon lain diumumkan kemudian.
Parti pembangkang itu juga memperkenalkan tiga wajah baharu yang "mungkin atau tidak" menjadi calon, kata ketua PPP Goh Meng Seng selepas melakukan sesi lawatan bertemu rakyat pagi tadi di Pasar dan Pusat Makanan Chong Boon di Ang Mo Kio.
Encik Goh berkata parti itu berhasrat bertanding di GRC itu kerana manifestonya ingin menangani dasar penduduk "yang tidak diurus dengan betul" selama 20 tahun lalu di bawah Menteri Kanan Lee Hsien Loong.
Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Ang Mo Kio kini dipimpin oleh Encik Lee.
Dalam Pilihan Raya Umum pada 2020, PAP menang 71.91 peratus undi di GRC Ang Mo Kio ketika menentang Parti Reform (RP).
Encik Goh berkata PPP "mempunyai peluang baik" dalam Pilihan Raya Umum akan datang ini.
Beliau juga berkata Encik Lee "menunjukkan prestasi baik" dalam pilihan raya sebelum ini kerana beliau adalah perdana menteri dan Singapura mengalami krisis disebabkan pandemik COVID-19 pada ketika itu.
"Rakyat Singapura adalah pengundi rasional. Jika saya tidak mengundi bagi PAP, kami mungkin tidak mempunyai seorang perdana menteri (pada keesokan hari). Jadi saya rasa kebanyakan sokongannya datang daripada golongan rakyat sedemikian," kata Encik Goh.
"Namun kini beliau telah berundur, sudah tiba masanya untuk beliau mendapatkan penilaian sebenar daripada rakyat ... Saya boleh katakan walaupun jika kita tidak menang, kami akan meraih salah satu keputusan terbaik dalam sejarah GRC Ang Mo Kio."
Satu lagi parti pembangkang, Parti Bersatu Singapura (SUP) juga menyatakan hasrat untuk bertanding di GRC Ang Mo Kio, kata Encik Goh, sambil menambah beliau telah membuat "beberapa tawaran" kepada setiausaha agung SUP Andy Zhu untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

PERKENALKAN WAJAH BAHARU
Encik Lim, 43 tahun berkata beliau 'berbesar hati' kerana diberi peluang memimpin pasukan PPP di Ang Mo Kio.
Beliau memperkenalkan dirinya sebagai pemegang ijazah perniagaan dengan pengkhususan dalam ekonomi dan kewangan.
Jika dipilih, Encik Lim berkata beliau akan berusaha memperbaiki "semua dasar yang dibentangkan di Parlimen" dan "secara agresif" menentang dasar-dasar yang menentang hak dan kepentingan rakyat Singapura.
Parti itu juga memperkenalkan tiga wajah baharu lain yang mungkin akan menjadi calon bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Salah seorang daripadanya ialah Encik Thaddeus Thomas, 43, yang sebelum ini daripada Parti Reform (RP) dan sudah menyertai PPP selama "beberapa tahun".
Seorang lagi wajah baharu PPP adalah Encik Samuel Lee, yang sudah menyertai PPP sejak hujung tahun 2023 dan kini adalah anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang mengendalikan hal-hal berkaitan media.
Wajah baharu PPP yang paling muda setakat ini adalah Heng Zheng Dao yang berusia 24 tahun.
Encik Heng yang bertugas sebagai seorang ahli hortikultur berkata beliau menyertai pihak pembangkang "pada usia yang muda" untuk mendesak bagi ketelusan dan kebertanggungjawapan dalam pemerintah.
Selain Ang Mo Kio, PPP sebelum ini menyatakan ia berhasrat untuk bertanding di SMC Jalan Kayu, Tampines Changkat dan GRC Tampines.
Parti itu juga berminat bertanding di GRC Nee Soon namun menarik balik keputusan itu untuk memberi laluan kepada Parti Titik Merah Bersatu (RDU).

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.