GE2025: PM Anwar, Presiden Prabowo ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan dalam pilihan raya
Anggaran Waktu Membaca:

PM Lawrence Wong dan PM Anwar Ibrahim di Rahat Pemimpin Malaysia-Singapura di Putrajaya. (Gambar fail: CNA/Fadza Ishak)
SINGAPURA: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada Ahad (4 Mei) mengucapkan tahniah kepada rakan sejawatannya Lawrence Wong atas kemenangan dalam pilihan raya dan memuji "hubungan berkekalan" antara kedua-dua negara.
"Setinggi-tinggi tahniah kepada Perdana Menteri Lawrence Wong atas kejayaan beliau memimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) mencapai kemenangan gemilang dalam Pilihan Raya Umum Singapura," kata Encik Anwar menerusi catatan Facebook.
PAP kembali sebagai pemerintah selepas menang besar, dengan memperoleh 87 daripada 97 kerusi - atau hampir 90 peratus kerusi - sekaligus menangkis cabaran daripada pembangkang Parti Pekerja (WP) tanpa kehilangan sebarang kawasan undi kepada pesaingnya.
Encik Anwar turut mengharapkan agar Encik Wong dan pasukannya "mencapai kejayaan berterusan sedang anda meneruskan tanggungjawab kepimpinan dalam penggal baharu ini".
Encik Anwar menarik perhatian bahawa "kemakmuran dan keselamatan" Malaysia dan Singapura tidak dapat dipisahkan.
Beliau berkata: "Kita terikat bukan sahaja oleh geografi, tetapi oleh hubungan kekeluargaan yang berkekalan. Ketika kita memandang ke masa depan, kedua-dua negara kita sedang membina tabiat kerjasama yang mendalam di semua peringkat - asas penting ketika kita mengharungi cabaran besar terhadap aturan sejagat dan perdagangan antarabangsa."
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara bersama-sama mempunyai peluang untuk menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai 'contoh cemerlang' tentang apa yang negara-negara jiran dapat capai, 'dengan keyakinan dan tujuan bersama'."
"Kami menantikan untuk memperdalam hubungan istimewa ini pada tahun-tahun mendatang," katanya.
Presiden Republik Indonesia Prabowo Subianto pada Ahad (Mei 4) pula berkata kemenangan besar Encik Wong mencerminkan "kepercayaan, kestabilan dan keyakinan" rakyat Singapura terhadap "kepimpinan yang kukuh" beliau dan PAP.
"Saya setulus hati mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat (Lawrence Wong) atas kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura," tulis beliau di X.
"Saya percaya pemerintah baharu (anda) akan terus maju jaya dalam memimpin Singapura."
Encik Prabowo juga berkata beliau berharap untuk melanjutkan dan mengukuhkan kerjasama antara Indonesia dengan Singapura di bawah kepimpinan PM Wong.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.