GE2025: Perubahan saat-saat akhir, 'kejutan' pada Hari Penamaan Calon
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa kejutan berlaku pada Hari Penamaan Calon pada Rabu (23 Apr) bagi Pilihan Raya Umum pada 3 Mei nanti.
Beberapa calon ditukar pada minit-minit terakhir.
Semua kawasan undi kecuali satu, ada pertandingan.
Lima kawasan undi melibatkan pertandingan lebih daripada dua parti.
Sebuah GRC pula telah dimenangi Parti Tindakan Rakyat, (PAP) tanpa bertanding.
Di GRC Tampines berlaku pertandingan empat penjuru melibatkan PAP, Parti Pekerja (WP), Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan Parti Perpaduan Nasional (NSP).
Satu langkah yang mengejutkan dari WP, ia telah memindahkan Encik Mohd Faisal Abdul Manap dari GRC Aljunied untuk bertanding di Tampines.
"Para pengundi GRC Tampines sudah bertahun-tahun anda meminta dan menggesa Parti Pekerja bertanding di GRC ini, kata beliau sejurus pengumuman dibuat mengesahkan pencalonan beliau di GRC Tampines.
"Alhamdulillah, pada Pilihan Raya Umum kali ini, kami memenuhi hasrat dan permintaan anda. Jika dipilih, kami akan bekerja keras dan berusaha sedaya upaya. Berilah kami peluang untuk mewakili anda di Parlimen."
Pasukan PAP bagi GRC Tampines dipimpin Menteri Masagos Zulkifli.
Empat pertandingan tiga penjuru pula berlaku di dua SMC - Radin Mas dan Potong Pasir serta dua GRC iaitu Ang Mo Kio dan Sembawang.
PAP turut melakukan beberapa langkah mengejut hari ini.
Antaranya, memindahkan Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong dari GRC Chua Chu Kang untuk memimpin pasukan PAP di GRC Punggol.
WP pula menampilkan semua muka baharu bagi pasukannya di GRC Punggol iaitu Harpreet Singh, Alia Mattar, Alexis Dang dan Jackson Au.
Satu lagi langkah mengejut yang dilakukan PAP adalah memindahkan Menteri Dr Tan See Leng dari Marine Parade ke Chua Chu Kang.
Pasukan Dr Tan bersaing dengan pasukan Parti Kemajuan Singapura PSP.
Perdana Menteri Lawrence Wong terus memimpin pasukan PAP yang sama di GRC Marsiling-Yew Tee.
Pasukan beliau termasuk Menteri Negara Kanan, Zaqy Mohamad.
"Warga Marsiling-Yew Tee terima kasih bagi sokongan anda. Kami telah bersama dan anda telah melihat perubahan yang telah dilakukan di Marsiling-Yew Tee.
"Pilihlah pasukan PAP. Pilihlah pasukan yang boleh membawa perubahan yang baik dan masa depan yang cerah untuk anda, untuk keluarga anda," ujar Encik Zaqy.
PAP bersaing dengan pasukan Parti Demokratik Singapura (SDP).
Pada akhir proses penamaan calon tengah hari tadi juga, PAP menang tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddel Height yang baharu.
Inilah kali pertama sejak Pilihan Raya Umum tahun 2011, berlaku kemenangan tanpa bertanding.
Lima calon PAP bagi GRC itu yang dipimpin Speaker Parlimen, Seah Kian Peng termasuk Dr Mohamad Faishal Ibrahim yang berpindah dari GRC Nee Soon.
Dr Faishal, ketika bertemu wartawan berkata: "Walaupun kami menang tanpa bertanding, kami akan terus bekerja keras untuk menolong rakan-rakan kami di merata Singapura, jika diperlukan, supaya PAP dan lebih-lebih lagi, Perdana Menteri Lawrence Wong mendapatkan mandat yang kuat kerana kita sedang menghadapi krisis yang mungkin berlainan dan mencabar."
Sebelum ini, Parti Pekerja (WP) dijangka bertanding di GRC Marine Parade-Braddel Height.
Dalam catatannya di Facebook, WP mengatakan ia telah membuat keputusan amat sukar untuk tidak bertanding di GRC Marine Parade-Braddel Height.
Namun WP menjelaskan parti itu hanya bertanding di jumlah kawasan undi yang lebih kecil bagi memberi tumpuan lebih baik.
Pada hari mengundi 3 Mei nanti, 211 calon bersaing bagi merebut 92 kerusi parlimen masih dipertandingkan.
Mereka termasuk dua calon bebas.
Kempen pilihan raya selama sembilan hari sudah bermula sejak berakhirnya proses penamaan calon tengah hari Rabu.

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.