GE2025: Perubahan besar pada sempadan kawasan undi disebabkan peralihan penduduk; hanya 5 GRC, 4 SMC dikekalkan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perubahan-perubahan besar telah dibuat pada sempadan kawasan undi Singapura, dengan hanya lima Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dan empat Kawasan Undi Perseorangan (SMC) kekal tidak berubah daripada pilihan raya lalu.
Tiga GRC baharu dan enam SMC baharu telah dibentuk, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) pada Selasa (11 Mac), hampir tujuh minggu selepas ia ditubuhkan.
Jumlah keseluruhan kawasan undi kini sebanyak 33, berbanding 31 sebelum ini. Parlimen seterusnya akan terdiri daripada 97 Anggota Parlimen (AP) yang dipilih, meningkat daripada 93 sekarang, dengan setiap AP mewakili 28,384 pengundi - kurang sedikit berbanding pilihan raya lalu.
EBRC menjelaskan dalam laporannya bahawa perubahan itu mengambil kira pertumbuhan ketara pada jumlah pengundi di kawasan-kawasan tertentu, bersama dengan perubahan pada kawasan undi yang terletak bersebelahan. Sesetengah sempadan kawasan undi juga telah dijajarkan semula berdasarkan ciri-ciri geografi seperti jalan-jalan utama.
Enam daripada 15 SMC adalah SMC baharu – Bukit Gombak, Jalan Kayu, Jurong Central, Queenstown, Sembawang West dan Tampines Changkat.
Tiada lagi Yuhua, Bukit Batok, Hong Kah North, MacPherson dan Punggol West, yang telah diserapkan ke dalam GRC-GRC.
Kini terdapat 18 GRC, termasuk lima yang baharu: Pasir Ris-Changi, Punggol, Jurong East-Bukit Batok, Marine Parade-Braddell Heights dan West Coast-Jurong West.
Daripada GRC-GRC itu, 10 akan mempunyai lima Anggota Parlimen (AP) manakala lapan akan mempunyai empat AP.
Sempadan GRC Aljunied yang dikuasai pembangkang juga dilakar semula buat kali pertama sejak Pilihan Raya Umum 2011 (GE2011).
EBRC ditugaskan untuk "mengekalkan saiz purata GRC, jumlah Anggota Parlimen yang dipilih daripada SMC, dan nisbah antara purata pengundi dan Anggota Parlimen yang dipilih, semuanya hampir sama seperti Pilihan Raya Umum yang lalu (GE2020)", semasa Jawatankuasa Semakan Kawasan Undi (EBRC) ditubuhkan pada akhir Januari lalu.
Sebanyak 82 kerusi akan dipertandingkan dalam GRC pada Pilihan Raya Umum akan datang — purata 4.56 Anggota Parlimen bagi setiap GRC.
Ini meneruskan trend menurun sepanjang kitaran pilihan raya yang lalu. GE2020 menyaksikan 4.65 Anggota Parlimen bagi setiap GRC, turun daripada 4.75 Anggota Parlimen bagi setiap GRC pada 2015 dan lima Anggota Parlimen bagi setiap GRC pada 2011. Angka itu memuncak hingga 5.36 pada 2001 dan 2006.
Sistem GRC telah ditubuhkan pada 1988 untuk memastikan kaum minoriti akan diwakili di Parlimen.
GRC boleh mempunyai tiga hingga enam Anggota Parlimen dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka mestilah daripada kaum minoriti. Selain itu, bilangan GRC dengan Anggota Parlimen Melayu tidak boleh melebihi tiga perlima daripada jumlah keseluruhan GRC.
PERTUMBUHAN PENGUNDI TIDAK SAMA RATA
Pertumbuhan keseluruhan pengundi di seluruh negara tidak sama rata di pelbagai kawasan undi, dedah EBRC dalam laporannya.
“Disebabkan peralihan penduduk dan pembangunan perumahan baharu, sesetengah ED (divisyen kawasan undi) seperti GRC Pasir Ris-Punggol, GRC Sembawang, GRC Tampines, SMC Hong Kah North dan SMC Potong Pasir telah mengalami pertumbuhan yang lebih tinggi daripada yang lain,” katanya.
Terdapat 2,753,226 pengundi dalam daftar pengundi setakat 1 Feb tahun ini, peningkatan 101,791 pengundi berbanding 2,651,435 pengundi dalam pilihan raya umum yang lalu, kata EBRC.
Titik permulaan semakannya adalah untuk meneliti kawasan undi yang telah berkembang dengan ketara sejak pilihan raya lalu – GRC Pasir Ris-Punggol, SMC Hong Kah North, GRC Sembawang dan GRC Tampines.
“GRC Pasir Ris-Punggol telah menyaksikan peningkatan terbesar pada jumlah pengundi sejak pilihan raya lalu, dan akan terus berkembang dengan pembangunan perumahan baharu,” menurut EBRC.
KESAN PADA KAWASAN UNDI TERLETAK BERSEBELAHAN
Dengan pembentukan GRC Punggol yang baharu, baki daerah di GRC Pasir Ris-Punggol kemudian digabungkan dengan kawasan-kawasan yang terletak bersebelahan dengan GRC East Coast. Bersama dengan estet Loyang dan Flora, ia membentuk GRC Pasir Ris-Changi yang baharu, dianggotai empat Anggota Parlimen.
GRC East Coast kemudian mengambil alih kawasan-kawasan dari GRC Marine Parade, yang terdiri daripada estet perumahan HDB di Chai Chee dan estet perumahan privet di Siglap.
Pertumbuhan penduduk yang tinggi di SMC Potong Pasir disebabkan oleh pembangunan baharu Bidadari bermakna EBRC memindahkan beberapa kawasan dari SMC tersebut ke GRC Marine Parade.
SMC MacPherson dan kawasan-kawasan bersebelahan dari SMC Mountbatten, turut diserap ke dalam GRC Marine Parade.
“Walaupun dengan estet Tengah diserap ke dalam GRC Chua Chu Kang, baki kawasan di SMC Hong Kah North, yang terdiri daripada estet Bukit Batok West, masih terlalu besar dan berkembang,” kata EBRC.
Kawasan-kawasan selebihnya di SMC Hong Kah North, bersama-sama dengan daerah bersebelahan di SMC Bukit Batok dan Yuhua, digabungkan dengan GRC Jurong untuk membentuk GRC Jurong East-Bukit Batok yang baharu.
Untuk mengekalkan kawasan undi baharu itu sebagai kawasan undi dengan lima Anggota Parlimen, sesetengah kawasan dijadikan sebagai sebahagian daripada SMC Jurong Central yang baharu.
BAHANG GE2025
EBRC terdiri daripada lima pegawai kanan Perkhidmatan Awam.
Dipengerusikan oleh Setiausaha kepada Perdana Menteri Tan Kee Yong, ia turut termasuk ketua eksekutif Penguasa Tanah Singapura (SLA) Colin Low, ketua eksekutif Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Tan Meng Dui, ketua statistik Koh Eng Chuan dan ketua Jabatan Pilihan Raya (ELD) Lim Zhi Yang.
Pemerintah telah menerima saranan jawatankuasa itu dan akan melaksanakannya.
Dengan pengumuman sempadan kawasan undi baharu, para pengundi kini menunggu tarikh pilihan raya umum akan datang (GE2025), yang mesti diadakan menjelang 23 Nov tahun ini.

Sumber : CNA/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.