Skip to main content

Singapura

GE2025: Peranan pembangkang bukan untuk lemahkan pemerintah, kata calon RDU Fazli Talip

Calon parti Titik Merah Bersatu (RDU) bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah, Fazli Talip mempersoalkan sama ada 12 Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) benar-benar mewakili kepelbagaian suara rakyat Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Peranan pembangkang bukan untuk lemahkan pemerintah, kata calon RDU Fazli Talip

Calon parti Titik Merah Bersatu (RDU), Fazli Talip, berpendapat bahawa peranan pembangkang bukan untuk melemahkan pemerintah. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 01 May 2025 06:29PM
SINGAPURA: Calon parti Titik Merah Bersatu (RDU) bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Holland-Bukit Timah, Fazli Talip mempersoalkan sama ada 12 Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) benar-benar mewakili kepelbagaian suara rakyat Singapura.

Beliau merujuk kepada had bilangan NCMP dalam Parlimen.

Pada Khamis (1 Mei), yang juga merupakan hari terakhir berkempen , Encik Fazli menyifatkan persaingan pilihan raya sebagai perjuangan yang sukar dan panjang.

Encik Fazli berkata pada akhirnya, rakyatlah yang menentukan imbangan antara kuasa dan perwakilan.

Peranan pembangkang, menurut beliau, bukanlah untuk melemahkan pemerintah, tetapi untuk mengukuhkannya.

Encik Fazli berkata demikian sebagai menjawab dakwaan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, bahawa kehadiran pembangkang yang membina perlu untuk menyemak dan mengimbangi pemerintah, tetapi bukan pembangkang yang kuat.

"Adakah 12 (NCMP) cukup untuk mewakili suara rakyat? Biarlah rakyat Singapura yang memutuskan. Kita tidak mahu PAP menguasai kita dalam banyak perkara, hinggakan soal berapa jumlah anggota pembangkang yang seharusnya berada dalam Parlimen," kata Encik Fazli.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita