Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: Pemimpin buruh Patrick Tay akan pertahan kerusi PAP di SMC Pioneer

Anggota kesatuan sekerja Patrick Tay akan sekali lagi mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Pioneer untuk Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Pemimpin buruh Patrick Tay akan pertahan kerusi PAP di SMC Pioneer

Encik Patrick Tay dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) semasa sidang media bagi GRC West Coast-Jurong West dan SMC Pioneer pada 15 April 2025. (Gambar: CNA/Lauren Chian)

Diterbitkan : 15 Apr 2025 01:36PM Dikemas Kini : 15 Apr 2025 01:38PM
SINGAPURA: Anggota kesatuan sekerja Patrick Tay akan sekali lagi mewakili Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Pioneer untuk Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).

Buat masa ini, Encik Tay, yang merupakan Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), ialah Anggota Parlimen bagi kawasan undi itu.

"Saya berharap saya dapat terus menyokong penduduk kami, untuk maju bersama anda dalam tempoh lima tahun akan datang," kata Encik Tay pada Selasa (15 Apr) di Pejabat Cawangan West Coast PAP, di mana pencalonannya diumumkan.

SMC Pioneer ialah salah satu daripada sembilan kawasan undi yang kekal tidak berubah menyusuli semakan sempadan kawasan undi baru-baru ini. Dari segi geografi, kawasan undi itu terletak dalam kawasan yang kini dikelilingi oleh GRC West Coast-Jurong West yang baru ditubuhkan.

Sehingga 2025, kawasan undi itu mempunyai seramai 25,166 pengundi berdaftar.

Semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), Encik Tay memenangi 62 peratus undi dalam pertandingan tiga penjuru - satu daripada dua persaingan sedemikian pada tahun itu. Beliau berdepan dengan calon bebas Cheang Peng Wah dan Lim Cher Hong dari Parti Kemajuan Singapura (PSP).

PSP telah mengesahkan bahawa ia akan meletakkan calonnya untuk bertanding di SMC Pioneer bagi GE2025, walaupun parti itu belum mengumumkan siapa yang bakal bertanding.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan