Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: Pekerja perlu diberi cuti bergaji kerana Hari Mengundi pada Sabtu

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Pekerja perlu diberi cuti bergaji kerana Hari Mengundi pada Sabtu

Pengundi di pusat mengundi Kelab Masyarakat Geylang Serai pada 1 September, 2023. (Gambar: CNA/Eileen Chew)

Diterbitkan : 15 Apr 2025 07:52PM Dikemas Kini : 15 Apr 2025 07:58PM
SINGAPURA: Para pekerja perlu diberikan cuti sehari atau gaji sebagai ganti, memandangkan Hari Mengundi jatuh pada hari Sabtu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (15 Apr).

Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei bagi Pilihan Raya Umum ke-14.

Hari Mengundi telah diisytiharkan sebagai cuti umum.

"MOM ingin memaklumkan kepada syarikat-syarikat bahawa Hari Mengundi, sebagai cuti umum, perlu dianggap seperti mana-mana cuti umum yang lain," menurut MOM.

Menurut MOM, semua pekerja tertakluk di bawah Akta Pekerjaan layak mendapat cuti umum berbayar.

"Jika Hari Mengundi adalah hari tidak bekerja untuk pekerja itu, beliau layak mendapat sama ada cuti sehari atau dibayar gaji sebagai ganti.

"Jika pekerja itu perlu bekerja pada cuti umum, beliau layak mendapat gaji sehari tambahan atau diberikan cuti sehari," ia menambah.

MOM juga menyatakan para majikan mempunyai pilihan tambahan untuk memberikan waktu rehat sebagai ganti, berdasarkan tempoh masa yang dipersetujui, bagi kumpulan pekerja tertentu yang perlu bekerja pada cuti umum.

Ini termasuk pekerja buruh yang meraih pendapatan lebih S$4,500 sebulan atau bukan pekerja buruh yang meraih pendapatan lebih S$2,600 lebih sebulan.

Ini juga termasuk semua pengurus dan eksekutif.
Sumber : CNA/HA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan