Skip to main content

Singapura

GE2025: Parti pembangkang ingin bertanding di GRC Tampines harus penuhi jangkaan penduduk, kata Masagos

Parti-parti pembangkang yang ingin bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tampines harus menjangkakan cabaran dan perjalanan yang menanti mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Mar 2025 09:28PM Dikemas Kini : 23 Mar 2025 09:50PM
SINGAPURA: Parti-parti pembangkang yang ingin bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Tampines harus menjangkakan cabaran dan perjalanan yang menanti mereka.

Encik Masagos Zulkifli, yang juga anggota Parlimen kawasan tersebut berkata sedemikian ketika mengulas akan perkembangan Pilihan Raya Umum (GE) akan datang.

Menurut beliau, parti-parti tersebut juga harus memenuhi jangkaan penduduk Tampines.

Menteri Bertanggungjawab Ehwal Masyarakat Islam itu berkata demikian semasa menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan Parti Pekerja (WP) bertanding di GRC tersebut pada GE akan datang.

Encik Masagos menghadiri pelancaran Sambutan Hari Raya Tampines di Hab Tampines Kita (OTH) pada awal Rabu (22 Mac), bersama beberapa lagi anggota pasukan GRC Tampines dan penasihat akar umbi Charlene Chen.

Antara sambutan yang ada termasuk Bazar Hari Raya OTH yang memaparkan 40 gerai menjual pakaian dan makanan sehingga Rabu depan.

Encik Masagos berkata: "Kita selama tujuh hari akan menjalankan bazar di OTH.

Ini sangat berbeza dengan bazar-bazar lain. Hanya beberapa baris sahaja tetapi ia dapat membawa semua sekali bahan-bahan dan juga makanan-makanan yang diminati oleh penduduk Tampines."

"Saya dapat bertemu beberapa penduduk dan mereka sangat gembira ada satu tempat di mana juadah-juadah yang mereka gemari dapat dibeli di sini," tambahnya.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita