GE2025: Parti Pekerja intai kawasan undi baharu Punggol dan Tampines; usaha 'kembangkan sayap di timur'
Anggaran Waktu Membaca:
Sebuah acara Parti Pekerja di Pusat Makanan dan Pasar Tampines Round pada 3 November, 2024. (Gambar: Facebook/The Workers' Party)
SINGAPURA: Parti Pekerja (WP) mungkin bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Punggol yang baharu dibentuk serta kawasan undi Tampines, pada pilihan raya umum (GE) akan datang sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk mengembangkan sayap di timur dan timur laut Singapura, menurut sumber parti dan penganalisis.
Mereka menarik perhatian bahawa parti pembangkang itu telah turun padang di kedua-dua kawasan tersebut selama bertahun-tahun, bahkan sebelum sempadan kawasan undi baharu diumumkan pada 11 Mac.
Menurut sumber parti, bagi kawasan undi Punggol, bekas Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Yee Jenn Jong dan Cik Frieda Chan, yang merupakan calon WP dalam pilihan raya 2011 dan 2015, mungkin diturunkan bertanding di kawasan undi itu.
GRC empat anggota itu telah menyerap Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Punggol West, di mana WP bertanding dalam pilihan raya sebelumnya pada 2020, serta estet di Punggol di bawah GRC Pasir Ris-Punggol yang kini tidak wujud lagi.
Langkah menjadikan Punggol kawasan undi perwakilan berkumpulan yang baharu dialu-alukan WP, menurut sumber tersebut, kerana lawatan parti setakat ini sebahagian besarnya tidak termasuk kawasan Pasir Ris.
Mediacorp difahamkan bahawa WP juga mungkin menurunkan calon di GRC Tampines dan SMC Tampines Changkat yang baru dibentuk.
Pada GE2020, parti itu bertanding di SMC Hougang dan Punggol West serta GRC Sengkang, Aljunied, East Coast dan Marine Parade.
Mediacorp sudah menghubungi WP untuk mendapatkan komen.
WP INTAI PUNGGOL
Dari 2013 hingga 2015, Cik Lee Li Lian dari WP adalah Anggota Parlimen untuk SMC Punggol East. Beliau kalah kepada mantan Anggota Parlimen Parti Tindakan Rakyat (PAP) Charles Chong dalam pilihan raya 2015, yang memperolehi 51.8 peratus undi.
Semasa GE2020, SMC Punggol East digabungkan ke dalam GRC Sengkang, yang dimenangi WP dengan 52.1 peratus undi.
Pada tahun itu, WP juga mencalonkan Cik Tan Chen Chen di SMC Punggol West,
Namun beliau hanya memperoleh 39 peratus undi berbanding Sun Xueling dari PAP.
Menurut Dr Mustafa Izzuddin dari firma perundingan Solaris Strategies,rancangan WP untuk melebarkan sayapnya di timur adalah berdasarkan "strategi bersebelahan" untuk meluaskan jangkauannya dari "pusat saraf" parti itu di Aljunied-Hougang, merujuk kepada kawasan undi yang dipegangnya masing-masing sejak 2011 dan 1991.
Beliau percaya Punggol berkemungkinan akan menjadi pentas persaingan bagi "Sengkang Bahagian II" antara WP dan PAP – dan ia akan menjadi satu lagi pertarungan sengit disebabkan "sukarnya meramalkan pilihan pengundi muda yang cenderung untuk tidak membuat keputusan sehingga Hari Mengundi".
Profesor Madya Walid Jumblatt Abdullah dari sekolah sains sosial Universiti Teknologi Nanyang (NTU) juga melihat Punggol sebagai medan pertempuran untuk WP, dengan parti itu sudahkan "berakar" di sana.
Menurutnya kehadiran pengundi muda mungkin memihak kepada pembangkang, kerana individu-individu itu mempunyai "nilai-nilai yang berbeza" dan "kurang rasa kesetiaan" kepada parti pemerintah berbanding generasi yang lebih tua.
"Bagi orang muda - walaupun mereka yang menyokong PAP - sokongan itu ... lebih mudah berubah-ubah."
TAMPINES?
Sementara itu, GRC Tampines, telah berada dalam radar WP selama bertahun-tahun, dengan GRC lima anggota itu sentiasa disertakan dalam senarai aktiviti parti tersebut.
Dua sumber parti yang dekat dengan operasi parti berkata WP telah mempertimbangkan untuk bertanding di GRC Tampines dalam pilihan raya yang lalu.
Namun, parti itu akhirnya memilih untuk tidak berbuat demikian, kemungkinannya atas dasar bahawa pasukan PAP di sana diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat. Namun, beliau kemudian membuat pertukaran mengejut pada saat-saat akhir ke GRC East Coast, kata salah seorang sumber.
Sumber yang lain berkata WP menarik diri dari Tampines kerana kekurangan calon yang sesuai dan tenaga kerja sokongan.
Penganalisis politik Loke Hoe Yeong, yang telah menulis beberapa buku tentang pembangkang Singapura berkata "sangat berkemungkinan" WP akan bertanding di GRC Tampines memandangkan perubahan dalam sempadan kawasan undi.
Sebagai sebahagian daripada saranan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi, tiga daerah mengundi di Tampines West telah dipindahkan dari bahagian Bedok Reservoir-Punggol di GRC Aljunied ke GRC Tampines.
Ini termasuk estet Bina Ikut Tempahan(BTO) HDB di Tampines GreenGem, di mana Anggota Parlimen WP Gerald Giam telah aktif dalam usaha mendampingi penduduk. Bulan lalu, satu sesi minum teh dengan penduduk telah diadakan di sana.
Penganalisis politik memberitahu Mediacorp bahawa WP akan mengatasi parti-parti pembangkang lain dalam pertarungan pelbagai penjuru. Tetapi mereka kurang pasti tentang peluang untuk merampas kawalan daripada penyandang PAP.
Pasukan PAP di Tampines diketuai oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli, bersama-sama dengan Menteri Negara Kanan Dr Koh Poh Koon, Setiausaha Parlimen Kanan Baey Yam Keng dan Datuk Bandar Kawasan Timur Laut Desmond Choo. Profesor pembantu pemasaran NTU Charlene Chen telah dicadangkan untuk menggantikan bekas Anggota Parlimen Cheng Li Hui, yang meletak jawatan pada 2023 kerana menjalin hubungan sulit.
"Sama ada ia pertarungan langsung atau pertandingan pelbagai penjuru, PAP berkemungkinan akan mengekalkan Tampines disebabkan kelebihan penyandang sekarang," kata Dr Mustafa. "(Ia) akan memerlukan perubahan undi yang besar kepada pembangkang untuk PAP hilang GRC ini."

Sumber : CNA/SU/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.