GE2025: PAP menang tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights
Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights pada Rabu (23 Apr).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights pada Rabu (23 Apr).
Calon-calon yang menyerahkan borang pencalonan mereka di Sekolah Kong Hwa untuk bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights adalah pasukan PAP yang dianggotai oleh Speaker Parlimen Seah Kian Peng, mantan AP SMC Macpherson Tin Pei Ling, Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Faishal Ibrahim serta muka baharu Goh Pei Ming dan Diana Pang.
Ini adalah kali pertama sesebuah parti menang tanpa bertanding dalam Pilihan Raya Umum sejak 2011.
Dalam satu langkah mengejut, Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng tidak hadir di Pusat Penamaan Calon dan sebaliknya dicalonkan di GRC Chua Chu Kang.
Pada Ahad lalu, parti itu mengumumkan pasukan seramai lima anggota bagi kawasan undi tersebut, di mana Dr Tan akan memimpin pasukan yang terdiri daripada Dr Faishal, Encik Seah, Cik Tin dan Cik Pang.
Beberapa muka baharu dari Parti Pekerja (WP) termasuk Jeraldine Phneah dan Linda Low dilihat di Pusat Penamaan Calon pada Rabu, namun mereka tidak menyerahkan borang pencalonan.
Encik Seah berkata ia mengejutkan kerana tidak banyak pesaing di kawasan undi itu.
"Adakah kami terkejut? Saya akan katakan ya, kerana sudah agak lama tempat ini tidak menyaksikan sebarang kemenangan tanpa bertanding," kata Encik Seah.
"Namun, sama ada kita menang tanpa bertanding atau tidak, jiwa dan misi kita serta matlamat kita tidak berubah, iaitu untuk lakukan yang terbaik untuk berkhidmat dan menjadikan kehidupan lebih baik untuk penduduk kami."
Beliau menambah bahawa pasukannya akan merindui Dr Tan.
"Bagi kita semua, kami di sini untuk berkhidmat. Di mana parti kita perlukan kita, di mana jua, tidak kira di mana kawasan undi, kami akan berada di sana," katanya.
Dr Tan seorang doktor yang baik tetapi beliau juga seorang pejuang dan pemimpin yang baik, dan beliau akan pergi ke mana-mana sahaja yang disuruh."
Dalam satu catatan Facebook pada petang Rabu, WP menyatakan ia "satu keputusan sangat sukar" untuk tidak bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights, sambil menambah ia perlu menumpukan usaha terbaik pada jumlah kawasan undi yang lebih kecil.
"Sebagai sebuah parti pembangkang yang kecil, kami sentiasa berdepan dengan pilihan yang sukar tentang di mana dan bagaimana cara terbaik untuk mengerahkan sumber kami yang terhad, terutama sekali selepas sempadan kawasan undi disemak," kata ketua WP Pritam Singh.
"Selepas membuat pertimbangan dengan teliti, kami telah memutuskan bahawa untuk terus memperjuangkan prinsip dan perubahan yang kami semua percaya, dan untuk memberikan calon-calon kami peluang terbaik untuk meraih kejayaan dalam pilihan raya ini, parti kami mesti menumpukan usaha terbaiknya pada GE2025 ini kepada bilangan kawasan undi yang lebih kecil daripada yang kita harapkan untuk bertanding."
Mengucapkan terima kasih kepada para pengundi, Encik Pritam berkata beliau berharap Parti Pekerja akan mendapat sokongan berterusan dalam Pilihan Raya Umum kali ini.
"Parti Pekerja akan mendampingi semula penduduk di GRC Marine Parade-Braddell Heights selepas GE2025," katanya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.