GE2025: PAP menang besar dalam pilihan raya pertama PM Lawrence Wong
Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pertama Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai pemimpin parti tersebut.
Perdana Menteri Lawrence Wong dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan pengundi pada hari pilihan raya umum di Singapura, Sabtu, 3 Mei 2025. (Gambar: AP/Vincent Thian)
- Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah meraih kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pertama Perdana Menteri Lawrence Wong sebagai pemimpin parti tersebut.
- PAP memperoleh 65.57 peratus undi, sekali gus mengatasi prestasinya pada GE2020 dengan kelebihan sebanyak 4 peratusan mata.
- Parti Pekerja (WP) mengekalkan GRC Aljunied, GRC Sengkang dan SMC Hougang.
- Mengucapkan terima kasih kepada para pengundi atas sokongan mereka, PM Wong berkata beliau "sangat berterima kasih" atas keputusan itu.
PAP memperoleh 65.57 peratus undi, sekali gus mengatasi prestasinya pada GE2020 dengan kelebihan sebanyak 4 peratusan mata.
PAP memenangi kesemua kawasan undi yang ditandinginya, termasuk Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Jalan Kayu.
Kemenangan itu memastikan ketua gerakan buruh Ng Chee Meng kembali ke Parlimen. PAP turut memenangi GRC Punggol, yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong, serta GRC West Coast-Jurong West, yang menyaksikan pertarungan paling sengit dalam pilihan raya lalu.
Parti Pekerja (WP) mengekalkan GRC Aljunied, GRC Sengkang dan SMC Hougang. Ia akan mempunyai 12 kerusi Parlimen, termasuk dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).
Mengucapkan terima kasih kepada para pengundi atas sokongan mereka, PM Wong berkata beliau "sangat berterima kasih" atas keputusan itu. “Ia adalah isyarat jelas terhadap kepercayaan, kestabilan dan keyakinan kepada pemerintah anda,” katanya semasa sidang media pada awal pagi Ahad (4 Mei).
Laporan lanjut akan menyusul.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.