Skip to main content

Singapura

GE2025: PAP menang 55.17% undi ke atas WP di GRC Punggol

Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menang Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Punggol yang baharu ditubuhkan dengan 55.17 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: PAP menang 55.17% undi ke atas WP di GRC Punggol

Gan Kim Yong dari Parti Tindakan Rakyat (PAP) berucap kepada para penyokong selepas keputusan pilihan raya bagi GRC Punggol diumumkan di Stadium Bedok pada 4 Mei 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 04 May 2025 03:30AM
  • Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menang Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Punggol yang baharu ditubuhkan dengan 55.17 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum kali ini.
  • Pasukan PAP yang terdiri daripada DPM Gan, Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Janil Puthucheary, Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling serta Cik Yeo Wan Ling memperolehi 63,589 undi dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pada 3 Mei.
  • Mereka mengalahkan pasukan Parti Pekerja (WP) yang terdiri daripada Harpreet Singh, Alia Mattar, Alexis Dang dan Jackson Au, yang memperoleh 44.83 peratus undi atau 51,663 undi.
  • "Para penduduk Punggol, saya harus mengucapkan terima kasih atas sokongan dan mandat yang telah anda berikan kepada kami, untuk saya dan pasukan saya berkhidmat kepada anda sepanjang lima tahun akan datang," kata Encik Gan dalam ucapannya di Stadium Bedok.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong menang Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Punggol yang baharu ditubuhkan dengan 55.17 peratus undi dalam Pilihan Raya Umum kali ini.

Pasukan PAP yang terdiri daripada DPM Gan, Menteri Negara Kanan Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Janil Puthucheary, Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling serta Cik Yeo Wan Ling memperolehi 63,589 undi dalam Pilihan Raya Umum (GE2025) pada 3 Mei.

Mereka mengalahkan pasukan Parti Pekerja (WP) yang terdiri daripada Harpreet Singh, Alia Mattar, Alexis Dang dan Jackson Au, yang memperoleh 44.83 peratus undi atau 51,663 undi.

Punggol yang mempunyai seramai 123,557 pengundi, adalah kawasan undi baharu yang terdiri daripada estet-estet yang sebelum ini sebahagian daripada GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Punggol West - di mana kedua-duanya sudah disemak semula menyusuli semakan kawasan undi terkini.

Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, sebelum ini diumumkan sebagai menteri utama pasukan PAP di GRC Chua Chu Kang.

Namun dalam satu langkah mengejutkan pada Hari Penamaan Calon, beliau menyerahkan borang pencalonan untuk bertanding di Punggol.

"Para penduduk Punggol, saya harus mengucapkan terima kasih atas sokongan dan mandat yang telah anda berikan kepada kami, untuk saya dan pasukan saya berkhidmat kepada anda sepanjang lima tahun akan datang," kata Encik Gan dalam ucapannya di Stadium Bedok.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk berkhidmat kepada anda dan menjadikan Punggol sebuah kediaman yang lebih baik."

Dalam ucapannya di Stadium Serangoon, Encik Pritam menggesa pasukan PAP supaya mewakili suara rakyat Singapura.

"Saya tidak dapat ungkapkan berapa ramai rakyat Singapura yang menyokong kami sepanjang sembilan hari lalu dan berkata, tolong bersuara untuk kami," katanya.

"Jangan kembali ke takuk lama, kerana itu akan menjadi satu pengkhianatan terhadap apa yang disuarakan oleh sebilangan besar rakyat Singapura kepada kami dalam pilihan raya ini."

Bercakap kepada Mediacorp, Profesor Madya Sains Politik NUS Chong Ja Ian berkata terdapat beberapa faktor yang mungkin menyumbang kepada kemenangan PAP.

Ini termasuk penyertaan Encik Gan dalam pasukan PAP dan WP pula agak baharu di kawasan itu, justeru para penduduk tidak begitu mengenali mereka.

"Terdapat banyak kelebihan bagi PAP, berdasarkan suasana semasa, turut membuat perbezaan," katanya.

Pada 2020, pasukan PAP yang terdiri daripada Menteri Kanan Teo Chee Hean, Dr Puthucheary, Encik Sharael Taha, Encik Desmond Tan dan Cik Yeo menang 64.16 peratus undi dalam persaingan tiga penjuru di GRC Pasir Ris-Punggol, bersaing dengan Perikatan Demokratik Singapura (SDA) dan Suara Rakyat (PV) .

Cik Sun dicalonkan di SMC Punggol West dalam Pilihan Raya Umum sebelum ini di mana beliau mengalahkan calon WP Tan Chen Chen setelah memperolehi 60.98 peratus undi.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita