GE2025: PAP dedah pasukan GRC Marine Parade-Braddell Heights, diterajui Tan See Leng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Ahad (20 Apr) memperkenalkan pasukan yang akan bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025).
Pasukan seramai lima anggota itu dipimpin oleh Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng dan disertai oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Muhammad Faishal Ibrahim, mantan speaker Parlimen Seah Kian Peng, mantan Anggota Parlimen (AP) Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Tin Pei Ling serta muka baharu PAP Diana Pang.
Dr Tan yang memimpin kawasan undi itu sebagai menteri utama, memperincikan inisiatif-inisiatif yang dilancarkan oleh pasukan itu bagi kawasan undi tersebut, termasuk pelan lima tahun yang dilancarkan pada Sabtu.
"Kami mempunyai lebih banyak rancangan untuk masa depan kerana tugas kami tidak pernah selesai. Oleh itu, saya memohon mandat kukuh daripada semua penduduk, bukan sahaja bagi GRC Marine Parade-Braddell Heights, tetapi juga untuk seluruh kelompok termasuk Mountbatten," kata Dr Tan.
Pengarah pembangunan perniagaan Cik Pang, 51 tahun, dilihat menyertai sesi lawatan PAP di kelompok Marine Parade sejak lewat Mac lalu.
Beliau kini mempengerusi Majlis Rangkaian Integrasi Wanita Persatuan Rakyat dan Jawatankuasa Eksekutif Wanita Fengshan serta menganggotai lembaga Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO).
Dari segi kerjaya profesional, beliau mempunyai pengalaman lebih 19 tahun dalam bidang audit, cukai dan nasihat perniagaan.
GRC Marine Parade-Braddell Heights menyaksikan beberapa perubahan pada sempadan kawasan undinya.
Beberapa kawasannya di Chai Chee dan Siglap diserap oleh GRC East Coast manakala beberapa daerah kawasan undi di Potong Pasir dan Mountbatten akan diserap oleh GRC Marine Parade-Braddell Heights.
Bekas GRC Marine Parade itu disebut sebagai medan persaingan utama menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.
Dalam Pilihan Raya Umum 2020, pasukan PAP menewaskan Parti Pekerja (WP) dengan 57.74 peratus undi, iaitu lebih rendah daripada 64.07 peratus undi yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum 2015.
Dalam GE2020, pasukan PAP seramai lima anggota terdiri daripada Dr Tan, Encik Seah, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, Datuk Bandar daerah Tenggara Fahmi Aliman dan mantan Speaker Parlimen Tan Chuan-Jin.
Encik Tan Chuan-Jin meletak jawatan pada Julai 2023 selepas terlibat dalam hubungan sulit dengan anggota parti, Cheng Li Hui.
Kawasan undi Encik Tong dilakarkan keluar dari GRC Marine Parade dan diserap ke dalam GRC East Coast, di mana beliau dijangka akan bertanding.
Dr Tan mengucapkan terima kasih kepada Encik Fahmi atas khidmatnya namun tidak mendedahkan langkah seterusnya.
Mantan kolonel tentera itu membuat penampilan pertama dalam politik dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).
Profesor Madya Faishal, yang mewakili divisyen Nee Soon Central di GRC Nee Soon selama tiga penggal sejak 2011, sebelum ini mengumumkan beliau akan bertanding sebagai sebahagian daripada pasukan Marine Parade - seperti yang dilakukan pada penggal pertamanya sebagai seorang Anggota Parlimen pada 2006.
Pada Ahad, beliau berkata ia "satu pengalaman menyenangkan" sewaktu berjalan di sekitar lapangan Marine Parade dan beliau tersentuh oleh pengalaman bertemu penduduk yang masih mengingatinya.
Sementara itu, Parti Pekerja (WP) dijangka bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights sekali lagi, meskipun parti itu masih merahsiakan barisan calonnya.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada Mac, GRC Marine Parade-Braddell Heights mempunyai 131,493 pengundi yang layak.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.