GE2025: PAP calonkan 4 muka baharu di GRC Nee Soon, dipimpin Shanmugam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mencalonkan empat muka baharu di GRC Nee Soon dalam Pilihan Raya Umum akan datang (GE2025), menurut parti mentadbir PAP pada Isnin (21 Apr).
Hanya Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam kekal daripada pasukan PAP yang menang di GRC itu dalam Pilihan Raya Umum 2020.
Beliau juga akan terus menerajui pasukan seramai lima anggota itu dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Antara muka-muka baharu dalam pasukan itu adalah mantan pengarah Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) Goh Hanyan, mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Syed Harun Alhabsyi, pengarah di sebuah syarikat kawalan serangga dan khidmat pembersihan Jackson Lam dan sukarelawan Nee Soon Lee Hui Ying.
"Ini saya boleh katakan, sangat seimbang, tetapi barisan calon yang sangat muda - kecuali saya - kerana terdapat pelbagai kemahiran dan bakat: dua potensi pemegang jawatan yang dapat melakukan terbaik dalam bantu mentadbir negara ini secara keseluruhan, dua calon berpengalaman luas dalam akar umbi," kata Encik Shanmugam dalam sidang media di pejabat cawangan PAP di Chong Pang.
Beliau mengenal pasti Cik Goh dan Dr Syed Harun sebagai potensi pemegang jawatan yang boleh "pergi jauh dalam membantu mentadbir negara ini secara keseluruhan".
Perubahan itu bermakna anggota PAP Louis Ng, Carrie Tan dan Derrick Goh akan meninggalkan pasukan GRC Nee Soon.
Encik Ng adalah seorang anggota parlimen selama dua penggal manakala Cik Tan dan Encik Goh telah berkhidmat di parlimen untuk satu penggal.
Encik Shanmugam tidak mendedahkan sama ada mereka akan dipindahkan ke bahagian lain atau akan keluar dari politik.
Encik Shanmugam sebelum ini memberi gambaran bahawa empat muka baharu "berkemungkinan dicalonkan" di kawasan undi itu semasa lawatan ke Rainforest Wild Asia bersama para penduduk di Mandai pada Sabtu.
Beliau berkata pada ketika itu bahawa "tiada apa-apa disahkan sehingga ia disahkan".
Sementara itu, Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara Faishal Ibrahim akan bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights dalam Pilihan Raya Umum kali ini.
GRC Nee Soon yang mempunyai 151,634 pengundi berada di bawah pimpinan parti mentadbir sejak ia dibentuk pada 2011.
Kawasan undi itu adalah salah satu daripada sembilan kawasan undi yang tidak melalui perubahan sempadan dalam semakan terkini terhadap sempadan kawasan undi.
Dalam Pilihan Raya Umum 2020, pasukan PAP GRC Nee Soon menang 61.9 peratus undi terhadap Parti Kemajuan Singapura (PSP).
Pasukan Encik Shanmugam akan bertanding dengan sebuah pasukan Titik Merah Bersatu yang terdiri daripada setiausaha agung RDU Ravi Philemon dan pengerusi David Foo, menurut parti pembangkang itu pada Ahad.
GOH HANYAN
Cik Goh, 39 tahun sebelum ini seorang pengarah MDDI di Pejabat Strategi Negara Bijak dan pengarah dasar dan strategi di Kumpulan Kecerdasan Buatan Kebangsaan.
Ibu tiga orang anak itu meninggalkan perkhidmatan awam pada 3 April lalu selepas 16 tahun berkhidmat.
Sebelum MDDI, Cik Goh adalah pengarah bagi ekonomi dan kemampanan dalam Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri.
Sebelum ini, Cik Goh juga adalah timbalan pengarah dalam perancangan strategik di Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura.
SYED HARUN ALHABSYI
Dr Syed Harun adalah seorang perunding pakar psikiatri dan pengarah perubatan di The Starfish Clinic of Psychiatry & Mental Wellness.
Beliau adalah satu-satunya pakar psikiatri Melayu-Muslim yang pertama di Singapura.
Beliau meletak jawatan sebagai NMP pada 14 Februari lalu, sebelum akhir penggalnya, beliau dilihat menyertai pasukan PAP bertemu penduduk di GRC Nee Soon sejak hujung bulan Mac.
Dr Syed Harun memegang beberapa jawatan kepimpinan dalam pertubuhan amal dan awam di Singapuar termasuk Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Panel Rundingan Filem, Majlis Belia Kebangsaan (NYC), Persatuan Psikiatri Singapura dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA).
Dr Syed Harun juga adalah presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud, sebuah badan amal yang memberikan bantuan kewangan kepada para pelajar, dan naib pengerusi dalam jawatankuasa semakan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga bagi rumah-rumah tumpangan.
Beliau telah mendirikan rumah tangga dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik beradik.
JACKSON LAM
Encik Lam, 40 tahun adalah bekas pengerusi cawangan PAP di Hougang, di mana beliau menggalas peranan itu selama tempoh setahun dan empat bulan sehingga 13 Februari lalu.
Selepas meletak jawatan, bapa kepada dua anak kembar lelaki itu aktif mendampingi para penduduk di GRC Nee Soon, di mana beliau giat sebagai seorang sukarelawan sejak 2013.
Beliau berkhidmat sebagai setiausaha cawangan di divisyen Chong Pang - yang diterajui oleh Encik Shanmugam - selama hampir tujuh tahun, sebelum beliau berpindah ke Hougang pada Oktober 2023.
Encik Lam berkata "saya rasakan ia seolah-olah saya pulang ke tempat asal" apabila diminta oleh Encik Shanmugam untuk kembali berkhidmat di Nee Soon pada awal tahun ini, dan beliau berbesar hati kerana dapat mewakili parti mentadbir di GRC Nee Soon.
LEE HUI YING
Cik Lee, 35 tahun adalah pengarah perhubungan di Yayasan Temasek.
Selama sedekad, beliau telah bekerja dalam bidang perhubungan pemerintah dalam beberapa kementerian termasuk Kementerian Perhubungan dan Pembangunan Digital, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kesihatan.
Beliau juga telah melakukan kerja-kerja sukarelawan di GRC Nee Soon selama lebih 15 tahun sejak beliau berusia 19 tahun.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.