GE2025: Ong Ye Kung ikrar akan terus pelihara Masjid Petempatan Melayu 'mercu tanda ikonik' Sembawang
Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Petempatan Melayu, Sembawang. (Gambar: Facebook/Masjid Petempatan Melayu)
SINGAPURA: Masjid Petempatan Melayu Sembawang, yang menjadi mercu tanda bersejarah di bandar Sembawang, akan "dipelihara buat selama-lamanya".
Demikian ikrar calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi GRC Sembawang yang juga Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, semasa berucap di rapat yang diadakan di tanah lapang bersebelahan pusat beli-belah Sun Plaza pada Isnin malam (28 Apr).
Menurut Encik Ong, menteri-menteri terdahulu bagi GRC Sembawang sudah berusaha untuk memastikan masjid itu tidak akan dirobohkan dan beliau berikrar akan meneruskan usaha itu.
"Walaupun Sembawang akan terus membangun, kita tidak perlu melepaskan sejarah kita, ikon kita. Saya akan bekerjasama dengan URA (Penguasa Pembangunan Semula Bandar) untuk memastikan Masjid Petempatan akan terus dipelihara.
"Ini akan meneruskan usaha kita untuk memelihara bangunan-bangunan yang bersejarah di Singapura," ujar beliau.
Dalam ucapannya, Encik Ong menyifatkan Sembawang sebagai kawasan undi yang "memiliki tradisi yang menarik".
Ini termasuk tradisi melahirkan legenda bola sepak negara, yang ramai dalam kalangan mereka merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Naval Base, yang kini sudah berpindah ke Yishun.
"Itulah sebabnya kami telah menubuhkan Kelab Bola Sepak Sembawang City. Mereka digelar 'The Otters' atau memerang. Ini diilhamkan menerusi lukisan baju Hari Kebangsaan yang saya sumbangkan untuk jualan amal setiap tahun.
"Dalam satu sesi latihan, bekas kapten pasukan Singapura, Nazri Nasir, yang kini melatih pasukan kita, memberitahu saya bahawa nombor jersinya adalah 15 - ia berdasarkan nombor blok yang pernah dihuninya. Ini satu contoh yang menunjukkan keakraban yang kuat dengan bandar Sembawang," cerita Encik Ong.
Menurut Encik Ong, meskipun beliau tidak membesar di Sembawang, beliau tetap dapat merasakan semangat gotong-royong dan kekitaan yang luar biasa di bandar itu sebaik sahaja menjadi Anggota Parlimen bagi kawasan undi tersebut.
"Masyarakat penduduknya, udaranya, mata air panas dan pantainya, semuanya berbeza," tambah beliau.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.