GE2025: NTUC akan bantu pekerja 'rebut peluang baharu' dalam dunia terkesan tarif Amerika
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dengan tarif Amerika dijangka menjejas perniagaan, pekerjaan dan pekerja di Singapura, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) akan menyokong pasukan bertindak daya tahan Singapura bagi membolehkan para pekerja "merebut peluang baharu dalam dunia yang telah berubah", kata setiausaha agung Ng Chee Meng pada Khamis (1 Mei).
Dengan tarif Amerika mencetuskan "banyak kebimbangan dan ketidaktentuan", unjuran pertumbuhan Singapura bagi 2025 diturunkan kepada 0 hingga 2 peratus, kata Encik Ng.
Beliau berkata kadar pengangguran juga telah meningkat pada suku pertama tahun ini.
Oleh demikian, para belia yang akan melangkah ke alam pekerjaan bimbang tentang ketersediaan pekerjaan apabila mereka tamat pengajian.
Para pekerja juga prihatin tentang jaminan pekerjaan, dengan lebih ramai berkemungkinan melalui peralihan pekerjaan.
NTUC akan lakukan sedaya upaya bagi menyokong pasukan bertindak daya tahan ekonomi Singapura, kata Encik Ng.
Kesatuan sekerja itu akan merombak majlis keselamatan pekerja - yang membantu para pekerja yang kehilangan pekerjaan mencari pekerjaan lain semasa pandemik COVID-19 - kerana "pekerjaan yang baik adalah jaminan terbaik untuk para pekerja".
Antara tanggungjawab majlis keselamatan baharu itu adalah untuk mendorong lebih banyak pembaharuan perniagaan dan latihan tenaga kerja melalui Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) dan mempertingkatkan usaha bagi membantu para pekerja "menjamin masa hadapan" kerjaya mereka dengan meningkatkan kemahiran, bimbingan kerjaya dan mentor.
Ia juga akan mempertingkatkan keupayaan kesatuan itu untuk "memadankan para pekerja dengan pekerjaan yang baik", dengan rangkaian pengambilan pekerja yang lebih kukuh dan alat berkuasa kecerdasan buatan seperti seorang jurulatih kerjaya secara maya, kata Encik Ng.
NTUC juga akan memanfaatkan perkongsian lebih rapat dengan rakan-rakan kongsi tiga pihak dan pertubuhan seperti Institusi bagi Karyawan Sumber Manusia.
Ia akan membentuk kelompok CTC bagi "memacu pembaharuan di peringkat industri", dan menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat pemimpin industri bagi "memangkinkan perubahan seluruh industri dan memperkasakan para pekerja merentasi nilai rantaian", katanya.
Ratu Lebah SkillsFuture adalah pemimpin industri yang memainkan peranan utama untuk memperjuangkan pembangunan kemahiran dalam pertubuhan, terutama sekali bagi perusahaan kecil dan sederhana (SME).
KEKALAHAN PADA 2020 'SATU KESEDARAN'
Dalam ucapan rapat Hari Buruh, Encik Ng juga berkongsi perjalanannya di NTUC telah mengajar beliau supaya "terus tabah".
"Pada 2020, saya rasakan bahawa saya telah menghampakan anda semua. Menangani kekalahan itu sebaliknya, adalah satu kesedaran kepada diri saya," katanya.
Encik Ng adalah sebahagian daripada pasukan PAP yang kalah kepada Parti Pekerja (WP) di GRC Sengkang dalam Pilihan Raya Umum 2020.
Pasukan WP menang 52.12 peratus undi. Ia menjadikan Sengkang GRC kedua yang dimenangi oleh sebuah parti pembangkang, selepas GRC Aljunied.
"Namun ia memberikan saya banyak pengajaran," kata Encik Ng.
"Saya telah mempelajari dengan lebih mendalam bahawa kesilapan tidak bermaksud ia satu kegagalan. Bukan kekalahan itu tidak menentukan diri kita; ia tentang bagaimana kita terus tabah dan lakukakan sedaya upaya."
Encik Ng akan bertanding dengan calon WP Andre Low dalam Pilihan Raya Umum 2025, sebagai calon PAP di SMC Jalan Kayu yang dilakarkan dari GRC Ang Mo Kio menyusuli semakan sempadan kawasan undi terkini.
Semasa menggulung ucapannya, Encik Ng menyeru kesatuan itu supaya bersatu padu untuk meningkatkan kehidupan dan mata pencarian pekerja, masa hadapan lebih cerah untuk anak-anak kita dan sebuah Singapura yang kuat.

Sumber : CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.