GE2025: NSP tidak akan bertanding di SMC Sembawang dan Tampines, tetapi akan bertanding di kedua-dua GRC
Parti Perpaduan Nasional (NSP) tidak akan bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Sembawang West dan Tampines-Changi Changkat.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Parti Perpaduan Nasional (NSP) tidak akan bertanding di Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Sembawang West dan Tampines-Changi Changkat. Sebaliknya, ia akan bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Sembawang dan Tampines, umum ketua parti tersebut Spencer Ng pada Ahad (20 Apr).
Bercakap kepada wartawan di luar Kampung Admiralty, Setiausaha Agung parti itu mengesahkan bahawa NSP juga tidak akan menghantar pasukan untuk bertanding di GRC Jalan Besar dan Marsiling-Yew Tee bagi Pilihan Raya Umum akan datang.
“Ini bukan keputusan yang mudah tetapi perlu dilakukan. Kami berbuat demikian bukan kerana kami lemah, tetapi kerana kami cukup kuat untuk mengutamakan negara daripada diri sendiri, perpaduan daripada ego, dan kemajuan daripada kedudukan,” tambahnya.
“Keputusan ini bukan bermakna kita menyerah kalah. Kita mahu tampil dengan cara yang berbeza.”
Ketua parti tersebut berkata NSP telah “secara konsisten menunjukkan ia mengotakan kata-katanya” dan bersikap telus mengenai kawasan di mana ia akan bertanding, sambil menambah bahawa parti tersebut telah menghormati “adab bersaing dengan tertib” dalam setiap pilihan raya yang disertainya di bawah kepimpinan semasa.
“Walaupun tidak semua parti pembangkang memilih untuk berbuat demikian, kami tetap berpegang teguh pada prinsip kami,” kata Encik Ng.
Berdasarkan pelan semasa parti tersebut, NSP perlu menampilkan seramai 10 calon.
Encik Ng sebelum ini berkata bahawa NSP mempunyai sekitar 30 anggota yang berminat untuk bertanding. Namun, parti tersebut hanya berasa “amat yakin” bertanding di kawasan Sembawang dan Tampines.
Pasukan NSP dijangka berdepan persaingan tiga penjuru dengan Parti Tindakan Rakyat (PAP) selaku penyandang dan Parti Demokratik Singapura (SDP) di GRC Sembawang.
SDP telah mengumumkan calon-calonnya yang berpotensi bertanding di kawasan undi lima anggota itu, manakala ketua parti Dr Chee Soon Juan berhasrat untuk bertanding di Sembawang West yang merupakan sebuah SMC.
NSP sebelum ini mempersoalkan hasrat SDP untuk bertanding di GRC Sembawang. Pada 12 Apr, Titik Merah Bersatu (RDU) menarik diri daripada pakatan tidak rasmi pembangkang, The Coalition, berhubung kebimbangan terhadap keputusan NSP untuk bertanding dengan SDP dalam persaingan tiga penjuru.
Menjawab soalan mengapa NSP tidak memberi laluan kepada SDP di GRC Sembawang, Encik Ng berkata partinya telah “melabur banyak masa, usaha dan sumber” di kawasan itu, dan mempunyai wawasan jangka panjang untuk kawasan undi berkenaan.
PAP belum mengumumkan senarai penuh calon-calon yang bakal bertanding di kawasan tersebut bagi pilihan raya kali ini.
Sementara itu, di GRC Tampines, persaingan berbilang penjuru juga dijangkakan. Parti Pekerja (WP) telah memperkenalkan Encik Jimmy Tan sebagai salah seorang calonnya yang bakal bertanding di kawasan itu. Parti Kuasa Rakyat (PPP) turut menyatakan minat untuk bertanding di kawasan undi lima anggota itu.
Apabila ditanya tentang persiapan parti bagi menghadapi persaingan tiga penjuru, Encik Ng berkata: “Jangan kita beranggapan bahawa PAP boleh digugat dengan begitu mudah.”
MUKA BAHARU
Pada Ahad, Encik Ng memperkenalkan perunding kewangan Zee Phay dan pensyarah Politeknik Republik Verina Ong sebagai dua muka baharu yang akan menjadi calon berpotensi partinya dalam pilihan raya akan datang.
Parti itu akan mengumumkan senarai penuh calon-calonnya bagi GRC Sembawang dan Tampines pada Hari Penamaan Calon, menurut Setiausaha Agungnya.
NSP juga akan melancarkan manifesto penuhnya dalam tempoh satu hingga dua hari, dengan slogan “Masa Depan Anda, Keutamaan Kami, Masa Depan Cerah bagi Singapura”, tambah Encik Ng.
Manifesto tersebut akan merangkumi cadangan dasar mengenai perumahan, sokongan bagi ibu bapa muda dan isu kadar kesuburan Singapura yang semakin menurun.
ZEE PHAY, 32

Encik Phay mula menjadi relawan NSP pada 2011. Encik Ng merupakan gurunya ketika beliau menuntut di Sekolah Menengah North Vista, dan beliau menggambarkan gurunya itu sebagai seseorang yang “hebat”.
Sebagai seorang perunding kewangan, Encik Phay bertemu rakyat Singapura daripada pelbagai latar belakang. “Dan daripada situ, saya benar-benar dapat melihat siapa yang terpinggir. Itulah sebabnya selepas sekian lama menjadi relawan NSP, saya mengambil keputusan untuk tampil dan menceburi politik,” katanya kepada wartawan pada Ahad.
Beliau menambah bahawa langkah untuk tampil ke hadapan "bukanlah satu keputusan yang mudah" memandangkan calon berpotensi sering menjadi tumpuan pemerhati.
Bertanding dalam pilihan raya sebagai anggota parti pembangkang “tidak bermakna anda menentang parti pemerintah,” kata Encik Phay.
“Ia tentang usaha membantu parti pemerintah – memberi tumpuan, mengalihkan perhatian mereka kepada perkara-perkara yang telah terlepas pandang,” tambahnya.
“Kami ingin berada di sisi parti pemerintah untuk membantu mereka memahami apa yang dihadapi rakyat Singapura.”
Encik Phay adalah seorang bapa muda, dan berkongsi bahawa beliau dan isterinya mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk mendapatkan tempat di pusat jagaan bayi bagi anak mereka. Tambah Encik Phay, beliau mahu memperjuangkan dasar-dasar yang menyokong sektor pembangunan awal kanak-kanak.
“Kebimbangan yang kami alami sukar difahami kecuali anda sendiri mengalaminya,” katanya. “Adakah isteri saya perlu berhenti kerja jika kami tidak dapat tempat di pusat jagaan bayi? Atau saya yang perlu berhenti kerja?”
Melalui kerjayanya, beliau mendapati ramai rakyat Singapura tidak mempunyai pemahaman asas tentang kewangan peribadi, kata Encik Phay yang akan berusia 33 tahun menjelang Hari Mengundi pada 3 Mei.
“Saya ingin menyarankan agar modul elektif mengenai kecelikan kewangan diperkenalkan di peringkat menengah atas. Dengan cara itu, kita boleh membantu rakyat Singapura keluar daripada situasi yang sedang mereka alami, keluar daripada golongan berpendapatan rendah dan beralih ke pendapatan sederhana.”
VERINA ONG, 46

Cik Ong menjadi relawan parti itu sejak 2022. Beliau telah bertugas sebagai pensyarah selama 10 tahun, dan sebelum itu, beliau pernah bekerja dalam industri runcit dan latihan korporat.
“Saya menceburi politik bukan kerana saya ada semua jawapan, tetapi kerana sebaliknya,” katanya semasa bercakap kepada wartawan pada Ahad.
“Saya berada di sini kerana selama bertahun-tahun lamanya, saya mendengar tentang cabaran yang dihadapi para pelajar, ibu bapa dan perjuangan mereka, serta suara-suara yang sering kali dipinggirkan. Saya sedar bahawa kita perlukan seseorang untuk bangkit dan bersuara mengenai perkara-perkara yang dirasakan tidak kena.”
Cik Ong berharap untuk memperjuangkan dasar-dasar berkaitan pendidikan, tambahnya, sambil menyenaraikan ruang pembelajaran kreatif, sokongan lebih baik bagi para pendidik di lapangan, dan lebih banyak tumpuan kepada kesejahteraan mental sebagai antara bidang yang menjadi keprihatinannya.
Apabila ditanya mengapa beliau memilih untuk menyertai NSP, beliau berkata parti itu “tidak berpura-pura menjadi parti yang paling lantang atau paling besar”.
“Paling penting, saya rasa kami bertugas seperti sebuah keluarga kerana mereka menyokong individu yang benar-benar ingin berkhidmat, dan itulah jenis keluarga politik yang saya mahu sertai.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.