GE2025: Nilai pasukan PAP secara adil semasa menentukan bab SG seterusnya, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perdana Menteri Lawrence Wong menyeru kepada rakyat Singapura dalam ucapan Rapat Hari Buruh pada Khamis (1 Mei) supaya menilai beliau dan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) "secara adil", meminta sokongan para pengundi jika mereka percaya pasukan beliau adalah "pasukan terbaik" untuk memajukan Singapura.
"Pada 3 Mei, rakyat Singapura akan menentukan bab seterusnya," katanya, sambil merujuk kepada Hari Mengundi.
"Dan saya mohon kepada rakyat Singapura: Nilailah saya dan pasukan saya secara adil. Periksa apa yang telah kami lakukan, bagaimana kami memimpin. Jika anda percaya, dalam hati anda, bahawa kami telah menepati janji kami, bahawa kami adalah pasukan terbaik untuk membawa Singapura ke hadapan pada masa bergolak ini, berilah sokongan anda kepada kami."
Walau apa pun keputusan pada Pilihan Raya Umum, Encik Wong berkata PAP "tidak akan berundur" daripada gerakan buruh dan berikrar kepada para pekerja ia akan terus bekerjasama dengan gerakan itu "demi Singapura yang lebih baik dan cerah".
Encik Wong juga berkata kerjasama tiga pihak adalah sebab mengapa Singapura mampu mencapai banyak perkara, dengan pemerintah PAP, NTUC dan gerakan buruh "bekerjasama sebagai rakan kongsi, bukan saling bersengketa dengan satu sama lain".
Di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik, Encik Wong berkata dunia telah berubah, "dan ia tidak akan kembali kepada keadaan sebelumnya dalam masa terdekat ini".
"Ini bukan sekadar tentang apa yang dilakukan oleh sesebuah negara. Hakikatnya, sekatan perdagangan semakin meningkat dan peraturan terus berubah.
"Ketegangan antara kuasa-kuasa besar terutama sekali Amerika dan China, semakin memuncak dan akan terus berlaku," katanya.
Tarif antara kedua-dua kuasa besar juga kekal tinggi, katanya, sambil berkata kapal-kapal buatan China yang belayar ke Amerika tetap dikenakan cukai.
"Amerika juga menyasarkan negara-negara serantau lain yang mereka fikir telah melanggar peraturan mereka," katanya, sambil merujuk kepada bagaimana panel-panel suria daripada beberapa negara Asia Tenggara dikenakan tarif setinggi 3,500 peratus.
Encik Wong berkata "ribut baharu" ini serupa dengan pandemik COVID-19, walaupun "tiada sesiapa yang tahu" berapa lama ia akan berterusan.
"Namun ia tidak hanya akan berlaku dalam masa setahun, jadi kita perlu bersiap sedia dari segi mental untuk jangka panjang," katanya.
Ketidaktentuan itu akan menambah kepada cabaran yang dihadapi Singapura pada masa kini, kata Encik Wong, sambil memberi contoh tekanan kos sara hidup.
"Tekanan kos adalah masalah yang bermula lebih awal disebabkan oleh inflasi global - kerana konflik di luar negara, kerana gangguan terhadap rantaian bekalan global," katanya.
"Inflasi di mana-mana mula mereda... Tetapi perkembangan global baru-baru ini mungkin memcetuskan gangguan seterusnya dan menyebabkan kejutan harga seterusnya."
Pekerjaan akan terjejas, kata Encik Wong, sambil menambah ramai orang bimbang mengenai hal itu.
Untuk menanganinya, sebuah 'pakej menyeluruh' langkah-langkah telah dibentangkan dalam Belanjawan tahun ini, katanya.
Ini termasuk langkah-langkah bagi mengurangkan kerprihatinan kos sara hidup untuk isi rumah, menaikkan gaji pekerja dan mempertingkatkan kemahiran mereka dan menyusun semula dan mengubah perniagaan bagi membantu mereka kekal berdaya saing.
SINAR CAHAYA DALAM MASA KELAM
Walaupun cabaran di masa hadapan mungkin ketara, ia tidak selalunya suram, kata Encik Wong.
"Walaupun dalam masa kegelapan, terdapat sinaran cahaya - peluang baharu bagi mereka yang bersedia. Dan saya ingin pastikan setiap pekerja di Singapura telah bersedia."
Sambil menyenaraikan peluang-peluang di masa hadapan, Encik Wong berkata kisah pertumbuhan Asia terus berkembang dan banyak negara di Asia, termasuk beberapa bahagian di Timur Tengah, adalah antara ekonomi yang paling pesat berkembang hari ini.
Terdapat juga potensi di rantau membangun seperti Amerika Latin dan Afrika, walaupun hubungan dengan negara-negara itu terhad disebabkan oleh jarak geografi.
Namun jenama Singapura dikenali dan dihormati boleh dilakukan untuk menjalin rangkaian bagi manfaat bersama, katanya.
"Jika orang lain melihat risiko, kami sentiasa meneroka peluang dan pembukaan baharu," kata Encik Wong.

Sumber : CNA/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.