GE2025: Muka baharu PAP Kawal Pal Singh tidak akan bertanding
Anggaran Waktu Membaca:

Muka baharu PAP Kawal Pal Singh. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Peguam Kawal Pal Singh tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum pada 3 Mei, dengan aktivis Parti Tindakan Rakyat (PAP) itu menyatakan hasratnya untuk memberi tumpuan kepada keseimbangan antara kerja dan kehidupan buat masa ini.
Dalam satu catatan di Instagram pada petang Selasa (15 Apr), anak saudara lelaki mantan Anggota Parlimen (AP) PAP, Inderjit Singh, mengakui bahawa kehadirannya semasa lawatan ke Pasar dan Pusat Makanan Toa Payoh West hujung minggu lalu telah “secara semula jadi mencetuskan spekulasi” tentang kemungkinan pencalonannya dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025).
Lelaki berusia 41 tahun itu dilihat pada Ahad bersama muka baharu Elysa Chen dan Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat di pusat makanan tersebut, yang terletak dalam GRC Bishan-Toa Payoh.
“Berhubung spekulasi mengenai pelibatan saya dalam GE akan datang, saya ingin berkongsi bahawa selepas berbincang dengan keluarga saya dan bapa saudara saya, Inderjit Singh, saya tidak akan terlibat dalam GE sebagai calon,” kata Encik Singh.
“Pada peringkat kehidupan saya sekarang, saya mahu memberi tumpuan kepada mengimbangi komitmen profesional saya dengan masa untuk keluarga muda saya.”
Encik Singh berkata beliau berasa “sangat tersentuh” selepas menerima mesej sokongan dan galakan.
“Saya amat bersyukur atas kepercayaan dan keyakinan yang diberikan kepada saya,” tambahnya.
Walaupun tidak bertanding, Encik Singh berkata beliau akan terus menyokong PAP dalam “cara yang bermakna”, dan menegaskan komitmennya untuk berkhidmat kepada masyarakat Sikh dan masyarakat India yang lebih luas.
“Dengan Writ Pilihan Raya kini telah dikeluarkan, saya mengucapkan sokongan ikhlas dan selamat maju jaya kepada semua rakan seperjuangan PAP yang akan bertanding dalam GE.”
Encik Singh merupakan seorang aktivis PAP sejak sekian lama dan pernah berucap di konvensyen parti pada 2019.
Beliau ialah rakan urusan di Tito Isaac and Co LLP, dan pakar dalam litigasi sivil dan komersil, huraian rentas sempadan, serta undang-undang keluarga.
Beliau sebelum ini pernah dilihat bersama Dr Lam Pin Min dalam lawatan rumah ke rumah dan acara kawasan undi di Sengkang West, dan turut diperkenalkan dalam satu konvensyen parti pada 2020.
Pada ketika itu, Encik Singh berkata kisah hidupnya adalah “kisah harapan” kerana beliau melalui jalan yang “tidak konvensional” untuk menjadi seorang peguam.
Di sekolah rendah dan menengah, beliau mengikuti aliran EM3 dan Normal (Teknikal), sebelum melanjutkan pelajaran ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE).
ELYSA CHEN TAMPIL DALAM VIDEO PAP
Walaupun Encik Singh tidak akan bertanding dalam GE, Cik Chen telah ditampilkan sebagai bakal calon PAP dalam satu video Facebook yang dimuat naik oleh Perdana Menteri Lawrence Wong pada Selasa.
Cik Chen ialah pengarah eksekutif agensi perkhidmatan sosial belia, CampusImpact.
Sebelum memegang jawatan itu, beliau pernah menjadi guru di sebuah kolej prauniversiti tempatan dan wartawan di Singapore Press Holdings (SPH).
GRC Bishan-Toa Payoh yang terdiri daripada empat anggota diwakili oleh Encik Chee, Menteri Pertahanan Ng Eng Hen serta AP Saktiandi Supaat dan Chong Kee Hiong.
Apabila ditanya mengenai pengenalan Encik Singh dan Cik Chen, serta sama ada ini bermakna Dr Ng atau beliau perlu meninggalkan GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Chee berkata pada Ahad bahawa “kita akan tunggu PM Wong dan parti untuk mengumumkan butiran lanjut pada masa yang sesuai.”
Hari Penamaan Calon jatuh pada 23 April.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.