GE2025: Mudah bagi pembangkang minta pemerintah agih wang tunai, tapi rakyat SG yang akhirnya perlu tanggung, kata Grace Fu
Anggaran Waktu Membaca:

Calon PAP bagi GRC Jurong East-Bukit Batok Grace Fu. (Gambar: CNA/Lan Yu)
SINGAPURA: Memang mudah untuk pihak pembangkang mengkritik pemerintah dan berjanji untuk ‘menyalurkan lebih banyak wang kepada rakyat’. Namun hakikatnya, rakyat Singapura sendirilah, dan bukannya pemerintah, yang akhirnya perlu menanggung kos janji-janji ini.
Demikian ditekankan oleh Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu pada Isnin (28 Apr).
"Idea yang kedengaran indah, tetapi sukar untuk dibiayai. Selepas sembilan hari ini, selepas semua janji yang mereka taburkan, siapa di pihak pembangkang yang akan membiayainya?" tanya Cik Fu semasa di rapat Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Stadium Jurong East.
Beliau merujuk kepada salah satu cadangan dalam manifesto parti Titik Merah Bersatu (RDU) yang menggesa agar diadakan "Dividen Rakyat", yang menurut parti pembangkang itu ia adalah "pindahan wang tunai tanpa syarat" yang akan berfungsi sebagai jaminan keselamatan kewangan bagi semua rakyat Singapura.
Dividen yang dicadangkan itu dijangka menelan belanja antara S$2 bilion hingga S$4 bilion, namun para pemimpin RDU menekankan bahawa kosnya tidak akan dibiayai menerusi rizab negara.
Pasukan Cik Fu berdepan persaingan daripada pasukan RDU bagi GRC Jurong East-Bukit Batok dalam Pilihan Raya Umum pada 3 Mei.
Beliau kemudian bertanya: "Siapa yang akan membiayai janji-janji mereka? Pemerintah? Pemerintah hanyalah pemegang amanah bagi Singapura."
"Pada akhirnya, rakyat Singapura yang akan menanggungnya sama ada rakyat Singapura hari ini, seperti anda dan saya. Atau rakyat Singapura masa depan, anak-anak anda, anak-anak mereka."
Pada akhirnya, pilihan raya bukanlah untuk menabur janji-janji palsu, tegas Cik Fu, yang mempimpin pasukan PAP yang bertanding di kawasan undi itu.
"Kami di sini untuk membuat janji yang boleh kami tunaikan," kata Cik Fu, sambil menambah bahawa parti pemerintah mempunyai rekod 20 tahun untuk membuktikannya.
Muka baharu David Hoe, mantan calon Hougang Lee Hong Chuang, Menteri Negara Kesihatan merangkap Penerangan dan Pembangunan Digital Rahayu Mahzam serta Menteri Negara Pengangkutan merangkap Undang-Undang Murali Pillai turut hadir memberi ucapan.
Mereka bersaing dengan pasukan RDU yang terdiri daripada pengurus pertubuhan Liyana Dhamirah, pengarah syarikat pengurusan sisa Osman Sulaiman, artis Ben Puah, pengarah agensi pemasaran Marcus Neo dan ketua jurutera sofwe Harish Mohanadas.
Cik Liyana sebelum ini bertanding di GRC Jurong di bawah RDU dalam Pilihan Raya Umum 2020, manakala Encik Osman merupakan calon Parti Rakyat Singapura di GRC Bishan-Toa Payoh.
KEPUTUSAN SUKAR
Dalam ucapannya, Cik Fu menangani kebimbangan mengenai kos sara hidup serta kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Beliau mengakui bahawa "bukan mudah" untuk PAP membuat keputusan seperti menaikkan GST, sambil menambah bahawa membuat keputusan sukar seperti itu seringkali membawa implikasi yang perlu dipertimbangkan dengan teliti.
"Tiada keputusan besar yang mudah dibuat. Sentiasa akan implikasi," kata Cik Fu. "Dan keputusan seperti GST tidak pernah mudah."
Beliau menambah bahawa agensi-agensi pemerintah mengakui kesukaran yang dihadapi oleh mereka yang berpendapatan kecil atau langsung tiada pendapatan. Lantaran itu, "sistem sokongan tetap" diperkenalkan untuk membantu mereka.
Untuk mengurangkan kesan kenaikan GST, pemerintah memperkenalkan beberapa langkah sokongan, seperti agihan tunai S$850 di bawah skim Baucar GST, tokokan MediSave sehingga S$450 bagi warga tua yang layak, dan rebat api air sehingga S$380 menerusi program U-Save-Baucar GST.
Beliau kemudian berkata bahawa GST adalah cukai yang membolehkan pemerintah mengenakannya ke atas para pelancong, iaitu faktor yang dinyatakan oleh Perdana Menteri baru-baru ini dalam ucapannya semasa rapat tengah hari di Fullerton, di mana beliau berkata cukai dikenakan ke atas warga asing, pelancong dan keluarga-keluarga berpendapatan lebih tinggi.
Beliau berkata GST juga mengenakan cukai ke atas individu di Singapura yang mungkin hanya mengisytiharkan sedikit atau tiada pendapatan tetapi banyak berbelanja membeli barangan mewah seperti kereta dan jam tangan.
"Kami membuat keputusan sukar kerana itu yang terbaik untuk Singapura, dan kami faham kesannya ke atas anda."
Cik Fu sebelum ini berkhidmat sebagai Ap di GRC Jurong dari 2006 hingga 2011 sebelum berpindah ke SMC Yuhua.
GRC Jurong East-Bukit Batok dibentuk daripada gabungan SMC Bukit Batok dengan sebahagian GRC Jurong, SMC Yuhua dan SMC Hong Kah North menyusuli semakan sempadan kawasan undi baru-baru ini.
Kawasan undi itu mempunyai 142,510 pengundi.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.