Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

GE2025: Masagos ikrar terus jadi 'suara masyarakat'

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Tampines, Masagos Zulkifli, berikrar untuk terus menjadi "suara masyarakat demi kebaikan semua."

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Masagos ikrar terus jadi 'suara masyarakat'

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Tampines, Masagos Zulkifli. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) GRC Tampines, Masagos Zulkifli, berikrar untuk terus menjadi "suara masyarakat demi kebaikan semua."

Dalam catatan di Facebook, beliau mengimbas pelibatan awalnya bersama PERDAUS dan penubuhan Mercy Relief.

Sebagai Anggota Parlimen Tampines, beliau berkata pasukannya telah bekerjasama rapat dengan penduduk untuk meningkatkan mutu kehidupan, termasuk pembangunan Hab Tampines Kita (OTH), naik taraf Masjid Darul Ghufran dan perancangan sebuah masjid baharu di kawasan itu.

Beliau turut menyifatkan penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura sebagai satu “mercu tanda besar” untuk masyarakat Melayu/Islam.

"Dalam perjalanan saya berkhidmat kepada masyarakat, ada banyak onak dan duri.

"Semestinya pelbagai pihak ada bermacam-macam pandangan yang berbeza tentang pelbagai isu dan tidak semua bersetuju dengan pandangan kami.

"Sebagai pemimpin, saya sangat menghargai semua maklum balas anda termasuk sepanjang tempoh berkempen ini," kata Encik Masagos.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan