GE2025: Mantan CEO AIC, mantan Presiden PPIS antara muka baharu sertai sesi bertemu rakyat pasukan PAP bagi GRC East Coast
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Sebuah pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang berpotensi bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) East Coast dalam Pilihan Raya Umum akan datang, sedang dibentuk selepas dua wajah baharu dilihat membuat penampilan di beberapa sesi lawatan bertemu rakyat berturut-turut sepanjang beberapa hujung minggu.
Encik Dinesh Vasu Dash, yang dahulu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan Cik Hazlina Abdul Halim, mantan Presiden PPIS dan juga bekas penyampai berita sekali lagi dilihat bersama Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dan Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong - kali ini di sesi lawatan bertemu rakyat di kawasan Joo Chiat pada Sabtu (5 Apr).
Ini adalah kali kedua Encik Tong menyertai sesi lawatan bertemu rakyat dengan pasukan GRC East Coast, selepas kawasan undinya di Joo Chiat dan sebahagian kawasan undi Kembangan-Chai Chee dipindahkan dari GRC Marine Parade ke GRC East Coast di bawah semakan sempadan kawasan undi.
Turut hadir adalah para Anggota Parlimen GRC East Coast, Timbalan Speaker Parlimen Jessica Tan dan Menteri Negara Kanan Pembangunan Negara Tan Kiat How.
Dua lagi Anggota Parlimen, Dr Maliki Osman dan Cik Cheryl Chan tidak hadir.
Dr Maliki sedang merasmikan sebuah acara kemasyarakatan di Siglap manakala Cik Chan melakukan lawatan kerja ke luar negara, kata setiausaha cawangan PAP Fengshan, Encik Leslie Hong.
Apabila ditanya oleh para wartawan mengenai kedua-dua wajah baharu itu, Encik Tong berkata Encik Dinesh dan Cik Hazlina "dapat menyesuaikan diri dengan baik" dan telah berusaha untuk mengenali para penduduk East Coast dan dinamik pasukan.
Tentang sama ada mereka akan bertanding sebagai calon pilihan raya di kawasan undi itu, Encik Heng berkata keputusan itu akan dibuat oleh setiausaha agung PAP, Perdana Menteri Lawrence Wong "pada masa yang sesuai".
Menurut laporan yang diterbitkan oleh Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) pada bulan lalu, GRC East Coast akan menyerap estet-estet HDB Chai Chee dan estet-estet privet Siglap dari GRC Marine Parade, dan kekal sebagai AP lima anggota.
Dalam Pilihan Raya Umum sebelumnya pada 2020, pasukan GRC East Coast yang dipimpin oleh Encik Heng menyaksikan persaingan sengit, dengan PAP menang 53.39 peratus undi menentang Parti Pekerja.
Peratusan undi PAP merosot berbanding 2015, apabila ia menang 60.73 peratus undi.
Pasukan Parti Pekerja yang bertanding di GRC itu sejak 2006, mencatatkan prestasi terbaik di kawasan undi tersebut pada 2020, dengan pasukan yang dipimpin oleh Cik Nicole Seah menang 46.61 peratus undi.
Apabila ditanya mengenai pandangannya tentang potensi wujud persaingan daripada WP di GRC East Coast dalam pilihan raya umum akan datang, Encik Heng berkata dalam Bahasa Mandarin: "Kami mengalu-alukan mereka, kami mengalu-alukan mana-mana parti (untuk bertanding) kerana akhirnya, ia adalah pilihan penduduk kami.
"Saya yakin mereka akan membuat pilihan yang bijak, kerana pilihan raya ini bukan sekadar tentang East Coast sahaja, tetapi ia tentang masa hadapan Singapura, jadi saya harap rakyat akan membuat pilihan yang tepat."
MENYUNTIK PENGALAMAN SENDIRI KE EAST COAST
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp kepada Encik Dinesh dan Cik Hazlina mengenai pengetahuan mereka tentang GRC East Coast, kedua-duanya berkata sambutan daripada para penduduk di East Coast adalah mesra.
Mereka juga berkongsi dengan para wartawan tentang keutamaan dan sebab mereka mahu berkhidmat kepada penduduk di sana.
Encik Dinesh berundur sebagai CEO AIC, yang menyelaraskan perkhidmatan jagaan warga emas pada 27 Mac lalu.
"Walaupun saya seorang pendatang baharu, (East Coast) bukanlah tempat yang baharu bagi saya, kerana saya telah menghabiskan masa di lapangan, bukan sekadar berjalan-jalan dan memahami keprihatinan penduduk, tetapi juga untuk memahami landskap warga emas di sini," kata Encik Dinesh yang berusia 50 tahun.
Beliau menambah bahawa beliau juga telah mengunjungi pusat-pusat penuaan aktif di kawasan East Coast dan memahami keprihatinan penduduk yang semakin menua di East Coast dan secara am.
Sementara itu, Cik Hazlina, 40 tahun juga adalah mantan ketua eksekutif Make-A-Wish Singapore dan Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Beliau juga telah membantu Anggota Parlimen Tin Pei Ling di SMC Macpherson.
Selain tugasnya sebagai penyampai dan penyunting berita di Mediacorp, Cik Hazlina sebelum ini adalah penasihat ehwal awam Kedutaan Amerika Syarikat di Singapura sebelum beralih ke sektor impak sosial.
Cik Hazlina menekankan pengalamannya dalam agensi perkhidmatan sosial yang mempunyai pusat-pusat "(sebahagian besar) di bahagian timur Singapura" dan berkata ia "cukup bermakna" untuk mendampingi para penduduk dengan lebih rapat.
Encik Heng tidak segera menjawab soalan tentang sama ada Encik Dinesh dan Cik Hazlina akan dilihat menyertai lebih banyak sesi bertemu rakyat di kawasan East Coast, namun beliau berkata calon-calon berpotensi melakukan lawatan di beberapa kawasan berbeza.
Beliau berkata Encik Dinesh akan menjadi "tambahan yang baik" kepada pasukan East Coast, memandangkan beliau pernah bekerja dengan generasi perintis di AIC.
Mengenai pengalaman Cik Hazlina sebagai seorang penyampai radio dan TV serta penyunting berita di Mediacorp, Encik Heng berkata ini akan membantu pasukan itu mendekati para penduduk dan perniagaan "secara lebih berkesan" dalam tahun-tahun akan datang, dengan gangguan yang bakal berlaku terhadap rantaian bekalan global dan perang dagang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.