GE2025: 'Mandat kukuh' bermakna PAP boleh wakili rakyat SG 'dengan penuh yakin', kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

PM Lawrence Wong di rapat PAP yang diadakan di Raffles Place, 28 Apr 2025. (Gambar: CNA/Wallace Woon)
SINGAPURA: Menjalankan dasar luar dalam dunia yang kian berubah-ubah di mana "kekuatan lebih penting" akan menjadi lebih sukar, kata Perdana Menteri Lawrence Wong, dan itulah sebabnya beliau memohon mandat yang jelas dan kukuh bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) supaya beliau dan pasukannya boleh bersuara dan mewakili Singapura dengan penuh yakin.
Dalam rapat tengah hari pertama sepanjang tempoh berkempen yang diadakan di Raffles Place pada Isnin (28 Apr), PM Wong menggariskan apa yang akan dilakukan oleh pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) untuk Singapura, di peringkat antarabangsa dan domestik, jika diberikan mandat tersebut.
Di tengah-tengah pergolakan ekonomi global, PAP bukan sahaja akan bertindak balas dalam krisis, tetapi juga meneroka peluang, kata PM Wong, sambil menarik perhatian bahawa Singapura telah bangkit lebih kukuh daripada krisis-krisis lalu.
“Kali ini, ia bukan mudah, kerana kali ini, ia bukan sekadar kemelesetan ekonomi berdasarkan kitaran ekonomi... Ia adalah perubahan asas pada aturan global, ia akan menjadi lebih sukar untuk kita bangkit semula, tetapi kita akan berbuat demikian,” tambah PM Wong. "Kita mestilah tangkas. Kita perlu lincah dan kita akan meneroka peluang-peluang baharu."
Malah semasa tempoh kempen pilihan raya, misalnya, PM Wong berkata bahawa pasukannya terus mendampingi rakan-rakan sejawatan dari seluruh dunia untuk mengadakan perbincangan yang melibatkan usaha membina perkongsian, mendapatkan peluang dan mengukuhkan kedudukan Singapura dalam dunia yang berubah-ubah ini.
PM Wong menyifatkan rundingan maya antara Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong dengan Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat Howard Lutnick pada Jumaat (27 Apr) sebagai "perbincangan yang berjalan lancar", dengan kedua-dua negara bersetuju untuk meneroka "huraian-huraian kreatif" mengenai perdagangan.
DPM Gan "memikul tanggungjawab penting", tambah PM Wong.
"Beliau adalah orang utama kita yang berunding dengan Amerika Syarikat mengenai tarif dan urusan perdagangan. Saya katakan, mari berikan sokongan penuh kita kepadanya supaya beliau boleh mendapatkan hasil yang lebih baik untuk kita semua."
DPM Gan ialah calon PAP untuk GRC Punggol dalam pilihan raya kali ini, mengetuai pasukan seramai empat anggota, manakala PM Wong menerajui pasukan empat anggota parti itu di GRC Marsiling-Yew Tee.
BEKERJA DENGAN RAKAN-RAKAN GLOBAL
Mengulas lanjut mengenai usaha peringkat antarabangsa yang akan dilakukan oleh PAP jika ia kembali mentadbir negara ini selepas pilihan raya, PM Wong berkata bahawa beliau akan melakukan lawatan ke "banyak negara" untuk menjalankan dasar luar yang mencabar dalam iklim semasa.
"Negara-negara besar di dunia memahami perkara ini. Ini adalah dunia yang lebih condong kepada 'kekuatan lebih penting', berbanding dunia berasaskan peraturan. Pengaruh dan kuasa lebih penting ... dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menggunakan paksaan atau kekerasan untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan," kata PM Wong.
"Dan itulah sebabnya negara-negara kecil seperti Singapura perlu bekerja lebih keras lagi. Apabila saya bertemu rakan-rakan sejawatan saya, anda tahu apa yang mereka akan lakukan? Mereka akan meneliti saya. Apabila rakan-rakan sekerja saya bertemu dengan rakan-rakan sejawatan mereka, mereka akan melakukan perkara yang sama. Mereka akan menilai apakah makna di sebalik keputusan GE2025 kepada kita semua; apakah ertinya bagi kekuatan politik kita. Dan mereka pasti akan mengambil kesempatan daripada setiap kelebihan yang mereka ada terhadap kita."
Bagaimanapun, dengan "mandat yang kukuh" daripada rakyat Singapura, "saya dan pasukan saya boleh mewakili dan bersuara untuk Singapura dengan yakin, dan kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan titik merah kecil ini terus bersinar walaupun dalam dunia yang bermasalah dan bergelora", tambah PM Wong.
Jika PAP mempunyai mandat yang lemah apabila ia kembali mentadbir Singapura, "pasti ada orang yang akan cuba mengambil kesempatan daripada kedudukan itu", kata PM Wong. "Lantaran itu, sukar untuk mengetengahkan dan memajukan kepentingan Singapura."
Jika Amerika Syarikat meneruskan tarifnya yang tinggi, misalnya, Singapura perlu bersiap sedia bahawa syarikat-syarikat berbilang negara (MNC) di sini mungkin memilih untuk tidak menggunakan Singapura sebagai pangkalan untuk mengeksport ke Amerika, kata PM Wong.
Mereka mungkin mula berfikir untuk berpindah ke tempat lain untuk menghasilkannya bagi pasaran Amerika dan ini akan mengakibatkan "impak yang ketara" terhadap ekonomi Singapura.
Sebaliknya, kisah Asia adalah "satu titik bersinar", kata PM Wong. Asia mempunyai pasaran yang besar dan berkembang maju, dengan kelas pertengahan yang semakin meningkat, jadi syarikat-syarikat mungkin mahu mengkonfigurasi semula rantaian bekalan mereka dan mencari "asas yang diyakini untuk melabur di Asia".
Singapura boleh meletakkan dirinya dalam kedudukan untuk mendapat manfaat daripada peluang-peluang ini, tambah PM Wong, tetapi ini bermakna Singapura mesti memastikan persekitaran perniagaan dan politiknya kekal stabil.
"Kita mesti terus kekal terbuka dan berdaya saing, barulah kita boleh memikat pelaburan yang baik dan kita boleh terus mencipta pekerjaan yang lebih baik, peluang yang lebih baik untuk semua rakyat Singapura."
Ini akan melibatkan penyusunan semula ekonomi kita, yang pemerintah perlu "menguruskannya dengan teliti", kata PM Wong. Singapura memerlukan para pemimpin yang berpengalaman dan berkebolehan untuk mengemudinya.
Dengan pekerjaan baharu yang dicipta berbeza daripada pekerjaan hari ini, pemerintah juga akan "melabur dengan ketara" untuk melatih semula dan mempersiapkan rakyat Singapura untuk peluang-peluang ini.
PELUANG PEKERJAAN
Di peringkat domestik, PM Wong menekankan rancangan pemerintah untuk tiga kumpulan pekerja.
Bagi graduan baharu, pemerintah akan meningkatkan kaunseling kerjaya, sesi kerjaya dan program pemadanan pekerjaan di institut-institut pengajian tinggi. Ini termasuk membantu graduan baharu mendapatkan latihan amali dan peluang bekerja sambil belajar.
Mereka yang sudah berada dalam pasaran tenaga kerja akan diberikan "kemahiran baharu dan dipertingkatkan" untuk kekal berdaya saing dan relevan, kata PM Wong.
Pemerintah sudah banyak melabur dalam program-program SkillsFuture dan akan terus menambah baik sistem pembelajaran sepanjang hayat supaya lebih mudah untuk orang ramai dilatih, melatih semula dan meningkatkan kemahiran serta mencari kursus-kursus yang sesuai untuk mereka dan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik untuk diri mereka sendiri.
Bagi mereka yang kehilangan pekerjaan, "kami akan sentiasa bersama anda untuk membantu anda bangkit kembali dengan lebih kukuh", tambah PM Wong.
Beliau juga menarik perhatian kepada Skim Bantuan Pemohon Kerja, yang diperkenalkan beberapa minggu lalu, sambil menyifatkannya sebagai "versi insurans pengangguran tetapi ia lebih baik".
"Kami akan memberi anda bantuan sementara sehingga enam bulan, tetapi ia bukan hanya mengenai pembayaran. Kami juga akan sentiasa bersama anda, menyokong anda, memberi anda kaunseling kerjaya, bimbingan dan latihan pekerjaan."
SOKONGAN DARIPADA BELANJAWAN BUKAN "SEKALI SAHAJA"
Pakej sokongan dalam Belanjawan 2025 “bukan bantuan sekali sahaja”, tambah PM Wong, yang juga Menteri Kewangan.
"Kami akan meneruskan bantuan selagi ia diperlukan, jika keadaan bertambah buruk, kami bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi. Dan kami mempunyai pelan tambahan untuk diaktifkan."
PM Wong berkata bahawa beliau boleh memberikan jaminan ini dengan penuh yakin kerana pemerintah telah membuat keputusan fiskal yang "sukar, berhemah dan bertanggungjawab" sejak lebih awal lagi.
Dan itulah sebabnya hari ini, kita boleh menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dengan penuh yakin. Kami mempunyai sumber untuk menyokong anda. Kami mempunyai sumber untuk mengemudi Singapura dengan selamat melalui krisis ini."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.