GE2025: "Mandat jelas, kukuh" letakkan SG dalam kedudukan lebih baik untuk berdepan dunia yang bergolak, kata PM Wong
Anggaran Waktu Membaca:

PM Lawrence Wong bercakap kepada media di The Treasury pada 4 Mei 2025. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Pencapaian cemerlang Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam pilihan raya memberi parti pemerintah "mandat yang jelas dan kukuh untuk memerintah", kata Perdana Menteri Lawrence Wong dalam sidang media selepas keputusan pilihan raya di bangunan The Treasury sekitar pukul 3.00 pagi pada Ahad (4 Mei).
Dalam kemenangan besar itu, PAP memperoleh 65.57 peratus undi nasional, meningkat lebih 4 peratusan mata berbanding prestasi 2020.
Parti pemerintah memenangi sejumlah 87 kerusi, dengan kemenangan di 15 GRC dan 14 SMC pada malam pilihan raya, menambah 82 kerusi kepada lima yang dimenangi tanpa bertanding di GRC Marine Parade-Braddell Heights.
Berucap kepada media bersama panel yang kebanyakannya terdiri daripada tampuk kepimpinan PAP, PM Wong berkata beliau "amat rendah hati dan bersyukur" dengan keputusan tersebut. Ini adalah pilihan raya pertama beliau sebagai perdana menteri dan sebagai setiausaha agung PAP.
"Ia adalah isyarat yang jelas tentang kepercayaan, kestabilan dan keyakinan terhadap pemerintah anda. Rakyat Singapura juga boleh mendapat kekuatan daripadanya dan memandang ke hadapan ke masa depan kita dengan keyakinan," kata PM Wong.
Beliau berkata bahawa menjelang kempen pertamanya sebagai pemimpin parti, beliau hanya mahu melakukan yang terbaik bersama-sama dengan seluruh pasukannya, dan bahawa "pada akhirnya, rakyat Singapura akan membuat keputusan, dan kami akan menghormati keputusan pengundi Singapura".
"Adakah saya berpuas hati dengan keputusan pilihan raya? Ya, saya berpuas hati," kata Wong.
"Kami sangat gembira bahawa rfakyat Singapura memberi kami mandat ini dalam pilihan raya ini. Kami tidak mengambil ringan sokongan dan kepercayaan ini. Dan dengan keputusan ini, ia memberi saya motivasi, ia mendorong kami semua dalam pasukan ini untuk bekerja lebih keras untuk melakukan yang terbaik untuk semua orang di Singapura."
Menyedari bahawa pilihan raya ini berlaku pada "masa yang kritikal" bagi Singapura, Encik Wong mengulangi slogan kempen "dunia yang berubah" di mana Singapura berada dalam kelembapan ekonomi, perubahan asas dalam aturan antarabangsa dan peralihan kepimpinan negara.
"Keputusan ini akan meletakkan Singapura dalam kedudukan yang lebih baik untuk berdepan dunia yang bergolak ini. Ramai yang memerhati pilihan raya ini dengan teliti, sama ada media antarabangsa, pelabur atau pemerintah asing, mereka akan mengambil perhatian terhadap keputusan malam ini," kata Encik Wong.
"Pasukan saya dan saya akan menggunakan mandat ini untuk berkhidmat dengan rendah hati dan tanggungjawab. Kami akan berkhidmat kepada semua rakyat Singapura, sama ada anda mengundi PAP atau anda mengundi parti lain, setiap orang penting. Kami akan berkhidmat kepada anda semua."
Menteri Kanan Lee Hsien Loong juga menekankan pentingnya mandat yang kuat untuk PAP.
"Pilihan raya ini berlaku pada masa-masa yang penting - di dunia, dan di Singapura. Adalah penting bahawa PM Lawrence Wong memenangi mandat yang baik dalam pilihan raya ini, untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura, dan menunjukkan kepada dunia, bahawa beliau mempunyai sokongan penuh daripada negara yang bersatu. Keputusan pilihan raya ini mencapai matlamat itu," katanya menerusi catatan Facebook.
"Pilihan raya ini menunjukkan bahawa rakyat Singapura memahami apa yang dipertaruhkan. Kami tahu bahawa adalah penting untuk bersatu untuk menghadapi cabaran besar yang mendatang," tambah Encik Lee.
"Isu-isu penting mengenai kaum dan agama juga dibangkitkan semasa pilihan raya ini. Keputusan dengan jelas menunjukkan bahawa rakyat Singapura menerima dan menegakkan nilai-nilai dan norma-norma pelbagai kaum dan pelbagai budaya yang sangat asas kepada negara kita."

ISU UTAMA DALAM PILIHAN RAYA INI
PM Wong menekankan bahawa satu isu dalam pilihan raya tahun ini adalah keinginan bagi lebih banyak anggota pembangkang dan suara alternatif di Parlimen dan beliau menghormati pandangan ini.
Sekalipun demikian, beliau menyeru kepada rakyat Singapura yang mempunyai pandangan ini dan meminta mereka mempertimbangkan kelebihan mempunyai "perspektif mempunyai pasukan yang baik dan kuat dalam pemerintah untuk bekerja dengan cekap untuk anda".
Selain melibatkan rakyat Singapura tentang rancangan yang digariskan dalam manifesto PAP, PM Wong berkata bahawa rancangan yang lebih konkrit akan datang dalam tahun-tahun akan datang.
Mengenai isu-isu hangat lain seperti kos sara hidup dan perumahan, PM Wong berkata: "Kami sudah bekerja untuk menangani isu-isu ini, dan saya beri anda jaminan, kami akan menggandakan usaha kami dalam penggal yang akan datang untuk menangani isu-isu yang menjadi kebimbangan."
Beliau menambah bahawa pendekatan menyeluruh pemerintah PAP untuk menangani kebimbangan kos sara hidup sudah dikongsi dan sedang dilaksanakan.
Satu keutamaan khusus dalam masa terdekat adalah untuk menangani ketidakpastian ekonomi, yang boleh menyebabkan orang ramai "merasa tekanan yang lebih besar".
"Jadi kami bukan sahaja memberi tumpuan kepada kos sara hidup, tetapi juga keadaan ekonomi yang lebih luas, dan melihat sama ada terdapat keperluan untuk langkah-langkah tambahan. Kami sedang menyediakan pelan simpanan. Kami bersedia untuk mengaktifkannya jika keadaan menjadi lebih buruk," kata PM Wong.
"PERSAINGAN SENGIT" DARIPADA PEMBANGKANG
PM Wong berkata bahawa pembangkang, terutamanya Parti Pekerja (WP), sudah mempertaruhkan pasukan calon yang kuat, termasuk ramai orang muda yang mempunyai keinginan untuk menyumbang dan berkhidmat.
Selepas memberi PAP "persaingan yang sengit", WP kini akan mempunyai 10 kerusi yang dipilih serta dua kerusi NCMP, sekiranya mereka memilih untuk menerimanya, kata PM Wong.
Parti Pekerja (WP) mengekalkan semua kerusinya, memenangi GRC Aljunied, GRC Sengkang dan SMC Hougang, dan terlibat dalam dua pertandingan paling sengit malam itu.
WP kalah kepada PAP di SMC Jalan Kayu dengan kurang daripada 3 peratusan mata, dan di GRC Tampines dengan kurang 5 peratusan mata, justeru layak bagi kerusi NCMP.
"Kehadiran pembangkang akan meningkat, sekurang-kurangnya, dari sudut pandangan Parti Pekerja (WP), dari 10 kepada 12, dan mereka akan terus mempunyai kehadiran yang baik dan kuat di sana, dan kami akan terus mempunyai perbahasan yang membina dan teguh di Parlimen," kata PM Wong.
Menjawab soalan daripada media, PM Wong berkata beliau mengharapkan sumbangan daripada ahli pembangkang di Parlimen, memandangkan Parlimen adalah tempat di mana isu-isu nasional utama dibincangkan.
"Dalam beberapa isu, kita mungkin perlu akur untuk tidak sependapat, tetapi pada masa yang sama, kita mesti, di mana isu-isu nasional yang kritikal terlibat, menegakkan tanggungjawab bersama untuk bersatu dan memajukan kepentingan Singapura bersama-sama dalam dunia yang berubah dan bergolak ini," tambahnya.
MENGENAI PENDEKATAN PAP DI GRC PUNGGOL
Menjawab soalan daripada media sama ada keputusan untuk mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong di GRC Punggol adalah keputusan yang betul, PM Wong menjelaskan pertimbangannya dan berkata beliau percaya ia adalah keputusan yang betul untuk dibuat.
Kehadiran mengejut Encik Gan sebagai menteri utama menjadi tajuk perbincangan yang hangat semasa kempen, kerana PM Wong dan Menteri Kanan Lee Hsien Loong menekankan pengalaman Encik Gan sebagai sesuatu yang tidak mudah digantikan sekiranya WP menang.
"Teo Chee Hean bersara di Punggol. Ia adalah GRC baharu, dan saya memerlukan seseorang untuk menggantikan Chee Hean, yang merupakan seorang yang berat, bukan sahaja melihat Punggol, tetapi melihat kawasan yang lebih luas di sekitar Punggol.
"Saya rasa itu juga menunjukkan kepada penduduk Punggol bahawa saya mengambil mereka dengan serius, saya bukan sekadar meletakkan orang baru untuk mengambil alih, tetapi saya menganggap keperluan mereka dengan serius. Mereka mempunyai orang yang sangat kanan yang bertanggungjawab. Saya mencari seseorang yang sesuai untuk menggantikannya," kata PM Wong.
Keputusan untuk memindahkan Encik Gan ke GRC Punggol membawa kepada keputusan seterusnya untuk mencalonkan Dr Tan See Leng di Chua Chu Kang bagi mengisi kekosongan oleh Encik Gan, tambahnya.
"Chua Chu Kang tidak lagi mempunyai DPM, tetapi jika anda melihat gambaran keseluruhan, terdapat pengagihan kepimpinan yang lebih baik kerana, saya berada di Barat, saya berada di sebelah Chua Chu Kang, SM Lee berada di tengah, dan kemudian DPM Gan boleh berada di Timur."
MELANTIK BARISAN MENTERI KABINET BAHARU
PM Wong berkata bahawa satu tugas segera yang beliau ada adalah untuk membentuk barisan menteri Kabinet negara yang seterusnya.
"Saya bersyukur bahawa semua ahli utama saya sudah dipilih, dan rakyat Singapura kini telah memberi saya peluang untuk membentuk pasukan terbaik untuk berkhidmat kepada anda dan untuk berkhidmat kepada Singapura," katanya.
Beliau menambah bahawa barisan menteri Kabinet baharu akan diumumkan "tidak lama lagi", dengan sidang media diikuti oleh upacara angkat sumpah.
Bahkan sebelum barisan menteri Kabinet baharu dilantik, para menteri sudah meneruskan portfolio sedia ada mereka sejak Parlimen dibubarkan, kata PM Wong.
"Sebelum kempen, semasa kempen, kerja telah berterusan. Bahkan sekarang, kerja pemerintah sedang berterusan," katanya.
Dengan kekosongan daripada persaraan empat menteri Kabinet - Teo Chee Hean, Dr Ng Eng Hen, Heng Swee Keat dan Dr Maliki Osman - PM Wong berkata bahawa beliau perlu melihat individu-individu dalam pasukannya, dan "melihat bagaimana untuk memberikan mereka tanggungjawab yang sesuai berdasarkan kekuatan mereka, berdasarkan sumbangan mereka", supaya ada "pasukan yang baik dan kukuh yang boleh bekerjasama, saling melengkapi berdasarkan kemahiran yang berbeza, dan bekerja dengan cekap untuk Singapura".
PM Wong menambah bahawa setiausaha agung NTUC Ng Chee Meng berpotensi mempunyai peranan dalam barisan menteri Kabinet seterusnya, berdasarkan peranan ketua-ketua buruh negara dalam barisan Kabinet sebelumnya.
POLITIK NEGATIF DI SG
PM Wong berkata bahawa dalam kempen pilihan raya ini, parti-parti politik secara umumnya "dapat membincangkan kebanyakan isu dengan tenang".
"Ya, dalam kempen pilihan raya, akan sentiasa ada perbahasan yang hangat, yang sangat bertenaga, saling melemparkan pandangan yang berbeza. Tetapi secara umumnya, saya fikir semua parti dapat menyerlahkan isu-isu dan terdapat perbincangan dan perbahasan yang baik mengenai isu-isu ini, termasuk isu seperti kos sara hidup, di mana parti-parti politik lain akan mempunyai pandangan yang berbeza," katanya.
"Mereka akan mengatakan ia adalah kesalahan pemerintah. Tetapi kami mempunyai pandangan yang berbeza. Kami menjelaskan pandangan kami. Dan saya fikir rakyat Singapura dapat mendengar kedua-dua belah pihak dan mempertimbangkan untuk diri mereka sendiri apa yang mereka fikir adalah perspektif yang betul. Dan saya fikir itu baik."
PM Wong berkata bahawa untuk kes khusus serangan peribadi negatif yang beliau ketengahkan semasa kempen, WP kemudiannya berkata "ia bukan serangan negatif, tetapi soalan yang sukar".
"Tetapi saya perhatikan bahawa serangan peribadi negatif mula mereda juga. Jadi ia adalah satu kes tertentu, saya ketengahkannya, dan saya rasa selepas itu, keadaan memang bertambah baik," kata PM Wong.
Perdana Menteri juga berkata beliau tidak "terlalu bimbang untuk membuat kesimpulan umum daripada satu insiden atau satu kejadian kepada trend yang mungkin terjadi di masa depan", sambil menambah bahawa perkara yang sama akan berlaku kepada isu percampuran kaum dan agama ke dalam politik.
"Ia adalah kebimbangan. Saya ketengahkannya. Keadaan memang bertambah baik juga. Adakah ia akan menjadi lebih buruk pada masa hadapan? Saya tidak tahu. Tetapi ini adalah kes-kes di mana, jika terdapat aspek-aspek di mana kita fikir ia melampaui batas tertentu dan melampaui apa yang kita fikir sesuai, saya rasa adalah betul untuk kita ketengahkannya, untuk menyebutnya, dan kita berharap rakyat Singapura akan menyokong apa yang kami katakan.
"Dan saya fikir dalam kedua-dua kes, sama ada mengenai serangan peribadi negatif serta mengenai kaum dan agama, saya akan katakan secara umumnya, Rakyat Singapura memang menyokong."
Menjawab soalan daripada Mediacorp tentang apa yang boleh dipelajari oleh PAP daripada pilihan raya yang mana ia mencatat prestasi baik, PM Wong menambah bahawa dalam setiap pilihan raya, akan ada aspek di mana parti boleh bermuhasabah dan mencari peluang untuk melakukan dengan lebih baik, sama ada ia telah melakukan dengan baik dalam pertandingan atau tidak.
"Akan sentiasa ada aspek untuk penambahbaikan. Jadi kami akan bermuhasabah, kami akan melakukan 'post-mortem' biasa kami. Kami melakukannya selepas setiap pilihan raya, sama ada dalam bidang komunikasi, sama ada dalam bidang media sosial, melibatkan orang muda dan melibatkan masyarakat yang berbeza," katanya.
"Dalam kawasan undi tertentu di mana kami mungkin tidak melakukan dengan baik, adakah pengajaran untuk kami? Saya pasti akan ada. Itulah sikap yang kami ambil. Ia tidak bermakna bahawa kami hanya belajar daripada pilihan raya di mana hasilnya tidak baik."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.