Skip to main content

Singapura

GE2025: Low Yen Ling akan wakili PAP di SMC Bukit Gombak yang baru dibentuk

Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Isnin (14 Apr) memperkenalkan Anggota Parlimen semasa bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Chua Chu Kang, Cik Low Yen Ling, sebagai calonnya bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Gombak yang baru dibentuk.

Anggaran Waktu Membaca:
GE2025: Low Yen Ling akan wakili PAP di SMC Bukit Gombak yang baru dibentuk

Menteri Negara Kanan, Low Yen Ling, akan menjadi calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) bagi SMC Bukit Gombak. (Gambar: CNA/Ili Mansor)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 14 Apr 2025 01:54PM
SINGAPURA: Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada Isnin (14 Apr) memperkenalkan Anggota Parlimen semasa bagi Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) Chua Chu Kang, Cik Low Yen Ling, sebagai calonnya bagi Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Bukit Gombak yang baru dibentuk.

Cik Low ialah Menteri Negara Kanan bagi Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, dan turut memegang jawatan yang sama di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan. Beliau juga merupakan Datuk Bandar bagi Daerah Barat Daya.

Pengumuman tersebut dibuat di pejabat cawangan PAP di Blok 10, Teck Whye Avenue, di mana parti itu turut memperkenalkan barisan calonnya bagi GRC Chua Chu Kang.

“Saya komited untuk menjaga keperluan, kebajikan, aspirasi dan kepentingan penduduk Bukit Gombak,” kata Cik Low.

Beliau juga menambah bahawa beliau sudah menjalin hubungan dan persahabatan yang erat dengan para penduduk, dan sudah menyaksikan ramai antara mereka membesar sepanjang tahun-tahun yang lalu.

Cik Low sudah berkhidmat di kawasan Bukit Gombak selama lebih 14 tahun, setelah menyertai politik buat kali pertama pada Pilihan Raya Umum 2011 sebagai sebahagian daripada pasukan GRC Chua Chu Kang.

Pada GE2020, beliau bertanding dalam GRC tersebut bersama Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong serta Anggota Parlimen Don Wee dan Zhulkarnain Abdul Rahim. Pasukan PAP memenangi kerusi itu dengan 58.64 peratus undi, mengalahkan Parti Kemajuan Singapura (PSP).

Bagi GE2025, Encik Gan dan Encik Zhulkarnain akan kekal di GRC Chua Chu Kang, manakala Cik Low akan bertanding di SMC Bukit Gombak, yang merangkumi kawasan Bukit Gombak dan Hillview, dengan 26,364 pengundi berdaftar.

Dua muka baharu PAP, iaitu mantan pegawai kanan perkhidmatan awam Jeffrey Siow dan penolong profesor di Institut Teknologi Singapura, Dr Choo Pei Ling, akan menyertai Encik Gan dan Encik Zhulkarnain dalam barisan calon GRC Chua Chu Kang. Anggota Parlimen semasa Don Wee tidak akan bertanding.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita