Skip to main content

Singapura

GE2025: Liyana Dhamirah harap pengundi dapat nilai idea, isu yang diketengahkannya, bukan dari luaran

Anggaran Waktu Membaca:

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 27 Apr 2025 06:07PM Dikemas Kini : 27 Apr 2025 11:25PM

SINGAPURA: Calon Titik Merah Bersatu (RDU) Liyana Dhamirah berharap para pengundi dapat menilainya bukan sekadar penampilan luaran sahaja tetapi usaha dan isu-isu yang diketengahkannya serta idea-idea yang diusulkan untuk kebaikan masyarakat.

Cik Liyana, 37 tahun menjawab pertanyaan media mengenai isu berkaitan laporan polis yang dibuatnya mengenai komen online yang "berbaur perkauman dan seksisme", di luar sesi lawatan bertemu penduduk di Pusat Penjaja & Pasar Clementi 448 hari ini (27 Apr).

Cik Liyana merupakan antara calon RDU yang bertanding di GRC Jurong East-Bukit Batok.

LIHAT LEBIH DARI LUARAN; MENERUSI NILAI, IDEA, DASAR YANG DIKETENGAHKAN

Related article image
Calon Titik Merah Bersatu (RDU) Liyana Dhamirah (tengah). (Gambar: Nazirah Jamzuri)

Beliau membuat laporan polis itu di Balai Polis Kejiranan (NPC) Clementi pada Khamis (24 Apr).

Menurutnya, beliau mengambil keputusan untuk melakukan demikian bagi menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin wanita.

"Komen-komen yang diberi adalah hampir disasarkan kepada saya sebagai individu Melayu/Islam dan sebagai seorang wanita, tempat kita bukan hanya di dapur saja bukan? Sebagai seorang wanita yang memikul peranan sebagai pemimpin, sebagai seorang ketua, saya perlu 'lead by example'. Jadi komen yang tidak begitu baik, yang ditujukan kepada kaum, agama kita adalah satu 'no-no'," kata Cik Liyana.

"Saya harap yang rakyat Singapura melihat saya lebih dari luaran sahaja. Melihat saya menerusi nilai-nilai yang saya ketengahkan, dasar serta cadangan idea untuk kebaikan rakyat Singapura, terutama sekali untuk kebaikan masyarakat Melayu/Islam Singapura kita," tambahnya.

Beliau turut memberi kemas kini tentang kes tersebut.

"Pada hari sama yang saya membuat laporan polis itu, mereka sudah menugaskan kesnya kepada seorang Pegawai Penyiasat Kanan dan saya diberitahu untuk menunggu sambil mereka menyiasat kes dan nanti, mereka akan memberikan saya kemas kini. Sejauh ini, masih tiada apa-apa tetapi insya-Allah nanti kita akan mendengar daripada mereka," jelas Cik Liyana kepada wartawan Nazirah Jamzuri.

HARGAI INDIVIDU BERDASARKAN KANDUNGAN IDEA, SUMBANGAN MEREKA

Related article image
(Dari kiri) Calon RDU GRC Jurong East-Bukit Batok, Harish Mohanadas, Liyana Dhamirah, Marcus Neo. (Gambar: Nazirah Jamzuri)

Pengurus pertubuhan bukan meraih untung itu juga berharap rakyat Singapura dapat menghargai seseorang itu berdasarkan kandungan idea dan sumbangan individu itu.

Cik Liyana antara lain sangat lantang dalam menyuarakan isu-isu berkaitan kemiskinan dan gelandangan.

"Sebagai seorang wanita yang memasuki peranan dan tugas kepimpinan sebagai seorang pemimpin, saya perlu memimpin dengan contoh. Jadi komen-komen yang tidak begitu baik yang disasarkan kepada kaum dan agama kita (tidak boleh diterima) sebab kita sudah berada dalam era baharu," ujar Cik Liyana yang juga merupakan Bendahari RDU.

CALON-CALON RDU, PAP BERTEMBUNG

Related article image
Para calon RDU bersama para calon PAP, GRC Jurong East-Bukit Batok. (Gambar: Nazirah Jamzuri)

Semasa berkempen, pasukan RDU bertembung dengan Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu yang memimpin pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang juga bertanding di GRC itu.

Kedua-dua pihak saling bertegur sapa dan sempat bergambar bersama.

Ditanya pihak media tentang saingan mereka, Cik Liyana berkata, "Sejak pilihan raya yang lalu pada tahun 2020, kami telah menepati janji kami. Kami terus turun padang. Kami terus berjalan di sekitar kawasan Clementi, Jurong, Bukit Batok dan kami telah melakukan ini selama lima tahun, berbual dengan semua penduduk ketika kami menjalankan lawatan ke kawasan-kawasan tersebut.

Saya rasa itu memberi motivasi kepada kami dan semangat kepada saya, terutamanya kerana saya telah melakukannya selama lima tahun dan dari segi pilihan raya sekarang, saya rasa saya cukup yakin dengan kedudukan kami dan apa yang kami cadangkan serta semua perkara yang telah kami utarakan. Jadi, saya boleh katakan keyakinan kami terletak berdasarkan itu dan terutamanya dalam peranan kami untuk memastikan para pemimpin dipertanggungjawabkan."

Lebih 142,000 pengundi dijangka akan mengundi di kawasan itu pada 3 Mei nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita