GE2025: Lim Tean lahirkan rasa marah terhadap perubahan sempadan kawasan undi
Setiausaha Agung Perikatan Rakyat bagi Pembaharuan (PAR), Lim Tean berkongsi rasa marah, menerusi media sosial, terhadap perubahan sempadan kawasan undi yang menurutnya dibuat "tanpa alasan yang baik".

Pemerintah Singapura menerima saranan-saranan oleh Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) pada Selasa (11 Mac). (Gambar: CNA/Hanidah Amin)
Ia antara lain membantah sebahagian SMC Potong Pasir dan SMC Mountbatten diserapkan ke GRC baharu.
Ini kerana partinya iaitu Parti Suara Rakyat (PV) sudah aktif di kawasan berkenaan sejak empat hingga tujuh tahun lalu.
Perikatan itu, yang dianggotai PV, Parti Reform (RP) dan Parti Progresif Demokratik (DPP) berhasrat untuk bertanding dalam lapan SMC dan dua GRC.
Parti Rakyat Singapura (SPS) pula menyatakan bahawa ia akan memerlukan masa untuk menyemak laporan Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC) sebelum memberikan maklum balas yang lebih terperinci.
Parti Pekerja (WP) dan Parti Demokratik Singapura (SDP) bagaimanapun belum memberikan reaksi masing-masing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.