GE2025: Lebih 900 warga SG daftar diri mengundi di Shanghai
Lebih 900 rakyat Singapura yang berada di China akan menuju ke salah satu daripada tiga pusat mengundi di negara tersebut.

Tiga pusat mengundi disediakan untuk rakyat Singapura di China. (Gambar fail: AFP/WANG Zhao)
Salah satu daripadanya adalah di Konsulat Singapura di Shanghai.
Tahun ini, hari mengundi jatuh pada pertengahan cuti umum Hari Buruh yang berlangsung selama lima hari di China.
Oleh itu, ramai yang perlu keluar awal untuk mengelakkan kesesakan trafik.
Bahkan, ada yang mengambil keputusan untuk membatalkan rancangan percutian mereka.
Seorang rakyat Singapura di Suzhou, China, Adrian Lok, berkata, "Ibu bapa saya datang dari Singapura ke China. Sepatutnya saya keluar bersama mereka untuk melawat-lawat sekitar China. Namun, disebabkan Hari Mengundi ini, saya perlu hadir di sini untuk mengundi."
"Dan ini penting kerana ini satu masa yang genting di mana kita perlu memilih pemimpin yang layak untuk memimpin kita," tambah Encik Lok.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.