GE2025: Lebih 2.75j rakyat SG layak mengundi
Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum akan datang, naik daripada sekitar 2.6 juta pada GE2020.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi dalam Pilihan Raya Umum akan datang, naik daripada sekitar 2.6 juta pada GE2020.
Seramai 2,758,095 pengundi berdaftar berada dalam Daftar Pengundi, yang dikumpulkan berdasarkan sempadan kawasan undi setakat 1 Februari, menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada Isnin (24 Mac).
Daftar Pengundi yang disemak telah disahkan dan akan disediakan untuk semakan awam mulai Selasa (25 Mac).
Perdana Menteri Lawrence Wong sebelum ini berkata mengemas kini dan mengesahkan daftar pengundi adalah "langkah seterusnya" sebelum pilihan raya diadakan.
ELD menambah ia kini sedang menyediakan Daftar Pengundi komposit.
"Daftar Pengundi komposit itu disediakan dengan memindahkan daerah mengundi berkaitan ke divisyen kawasan undi baharu berdasarkan saranan Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi (EBRC)."
Jabatan itu menasihatkan para pengundi supaya tunggu dahulu bagi pengumuman susulan mengenai pensijilan daftar pengundi komposit sebelum memeriksa butiran peribadi dalam Daftar Pengundi.
Mereka yang berminat untuk memeriksa butiran peribadi mereka dalam Daftar Pengundi berdasarkan divisyen kawasan undi sebelum pelaksanaan saranan baharu EBRC boleh berbuat demikian menerusi "khidmat pengundi" di laman ELD atau di bawah profil mereka di aplikasi Singpass.
Mereka yang tidak boleh memeriksa butiran peribadi mereka menerusi online boleh berbuat demikian di mana-mana balai rakyat atau kelab masyarakat, pusat ServiceSG atau pejabat ELD.
"Rakyat Singapura di luar negara yang tidak boleh berbuat demikian menerusi online boleh memeriksa butiran peribadi mereka di kedutaan Singapura yang bertindak sebagai pusat pendaftaran di luar negara," menurut ELD.
Dalam Pilihan Raya Presiden pada 2023, 2,709,407 rakyat Singapura layak mengundi.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.