GE2025: 'Kemenangan hebat' untuk PAP; sokongan padu bagi pilihan raya pertama Lawrence Wong sebagai PM
Anggaran Waktu Membaca:
Perdana Menteri Lawrence Wong meraikan kejayaan pilihan raya di pusat perhimpunan PAP pada 4 Mei 2025. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)
SINGAPURA: Dalam pilihan raya yang diadakan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global, Parti Tindakan Rakyat (PAP) meraih kemenangan hebat untuk kembali membentuk Pemerintah, dengan meraih 87 daripada 97 kerusi - atau hampir 90 peratus kerusi - tanpa kehilangan mana-mana kawasan undi kepada pesaing utamanya Parti Pekerja (WP).
Di sebalik pembaharuan anggota parti dan peralihan pucuk kepimpinan, rakyat Singapura yang keluar mengundi pada Sabtu (Mei 3) memilih kestabilan politik dan kesejahteraan ekonomi berbanding gesaan pembangkang untuk tingkatkan semak dan imbang.
Secara keseluruhan, 65.57 peratus daripada 2,386,452 undi sah diterima PAP – naik daripada 61.24 peratus pada Pilihan Raya Umum 2020 – bagi pilihan raya pertama Perdana Menteri Lawrence Wong selepas mengambil alih pucuk kepimpinan..
Bagi menerajui PAP kepada peningkatan jumlah undi, Encik Wong menentang trend: GE sebelumnya pada tahun 1991 dan 2006 menyaksikan kemerosotan bagi jumlah undi PAP selepas perdana menteri baharu memegang jawatan.
Parti pemerintah juga memperoleh lebih 75 peratus undi di 10 kawasan undi. Kawasan undi PAP yang meraih prestasi terbaik ialah Kawasan Undi Perwakilan Perseorangan (SMC) Queenstown, di mana Encik Eric Chua mengaut 81.12 peratus undi.
Keputusan terakhir pilihan raya - bagi GRC Tampines - diumumkan hampir enam jam selepas pusat-pusat undi ditutup - hampir pukul 2.00 pagi Ahad. Semasa bercakap di sidang media pasca pilihan raya yang diadakan PAP kira-kira sejam kemudian, Encik Wong berkata bahawa rakyat Singapura memberikan parti itu "mandat yang jelas dan kukuh untuk memerintah".
Sambil mengulangi bahawa persaingan yang lebih hebat bukanlah sesama parti politik tetapi antara Singapura dengan cabaran yang dihadapinya, Encik Wong menarik perhatian bahawa pilihan raya itu diadakan pada masa yang genting bagi Singapura, kerana dunia sedang dibelenggu kelembapan ekonomi serta peralihan aturan antarabangsa.
“Keputusan ini akan meletakkan Singapura di kedudukan yang lebih baik untuk menghadapi dunia yang bergolak ini... Ia satu isyarat yang jelas ke atas kepercayaan, kestabilan dan keyakinan terhadap pemerintah anda,” kata Encik Wong. "Rakyat Singapura juga boleh ambil kesempatan daripada kekuatan ini untuk menempuhi masa depan kita dengan keyakinan."
Encik Wong menambah bahawa beliau "sangat terharu dan bersyukur" atas keputusan itu, sambil berjanji bahawa PAP akan bekerja lebih keras dengan mandat yang diberikan untuk menjamin kemajuan yang jelas bagi Singapura.
Menteri Kanan Lee Hsien Loong, yang menyerahkan pucuk kepimpinan kepada Encik Wong pada Ogos tahun lalu, menulis di Facebook bahawa beliau "sangat gembira dan lega dengan keputusan GE2025".
"Pilihan raya ini berlaku pada masa yang genting – di peringkat dunia, dan di Singapura. Adalah penting bagi PM Lawrence Wong memenangi mandat yang kukuh bagi pilihan raya ini, untuk menunjukkan kepada rakyat Singapura, dan membuktikan kepada dunia, bahawa beliau mendapat sokongan padu sebuah negara yang bersatu padu. Keputusan pilihan raya ini mencapai (sasaran) itu," katanya.
Pemindahan 4.33 peratusan mata undi kepada PAP bermakna usaha keras WP di bahagian timur Singapura – Punggol, Tampines dan Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) East Coast, serta SMC Tampines Changkat dan Jalan Kayu – gagal memperoleh kerusi buat mereka.
Di GRC Tampines yang diwakili empat anggota, di mana WP mengerahkan naib pengerusi partinya Faisal Manap untuk menentang Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga PAP Masagos Zulkifli, PAP meraih kedudukan tertinggi, memperoleh 52.02 peratus undi.
Kerusi SMC Jalan Kayu yang menjadi tumpuan ramai, di mana mantan menteri Kabinet PAP merangkap ketua buruh Ng Chee Meng bertanding dengan muka baharu WP Andre Low, akhirnya membawa kemenangan kepada Encik Ng dengan meraih 51.47 peratus undi.
Di GRC Punggol, di mana WP menumpukan serangannya terhadap keputusan secara tiba-tiba PAP untuk mencalonkan Timbalan Perdana Menteri Gan Kim Yong di sana, pasukan parti pembangkang yang diketuai peguam kanan Harpreet Singh hanya berjaya memperoleh 44.83 peratus undi.

PAP TOLAK CABARAN WP
Sekalipun demikian, WP berjaya mengekalkan 10 kerusi parlimennya di GRC Aljunied dan Sengkang, serta kubu kuatnya SMC Hougang.
Meskipun gagal memperluaskan pengaruhnya, WP berhasil memadankan atau menambah baik margin kemenangannya di ketiga-tiga kawasan undi tersebut.
Parti pembangkang itu juga akan ditawarkan dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP). Di bawah skim NCMP, jika kurang daripada 12 anggota parlimen pembangkang dipilih, calon pembangkang yang kalah namun meraih prestasi terbaik ditawarkan kerusi NCMP untuk mengimbangi kekurangan tersebut.
Satu kerusi NCMP akan ditawarkan kepada calon SMC Jalan Kayu WP Andre Low dan seorang lagi anggota pasukannya dari GRC Tampines.
Ini akan menambah jumlah keseluruhan anggota parlimen WP kepada 12 kerusi - iaitu yang terbesar dalam sejarah parti tersebut - sekiranya parti itu menerima jawatan NCMP tersebut.
Bagi kawasan-kawasan undi lain di mana ia bertanding, WP memperoleh 50 peratus sokongan pengundi, kurang 0.5 peratusan mata berbanding pilihan raya sebelumnya.

Sumber : CNA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.