GE2025: Kemasukan warga asing 'tidak mampan', Chee Soon Juan gesa PM Wong tetapkan 'jumlah optimum'
Anggaran Waktu Membaca:
Calon Parti Demokratik Singapura (SDP) Chee Soon Juan berucap di rapat SDP di Sekolah Rendah Beacon pada Jumaat, 25 Apr 2025.
SINGAPURA: Parti Demokratik Singapura (SDP) menyatakan pada Jumaat (25 Apr) bahawa kemasukan warga asing adalah sesuatu yang "tidak mampan" dan Perdana Menteri Lawrence Wong mesti memberikan rancangan yang jelas mengenai "apa yang dilihatnya sebagai saiz optimum warga asing untuk Singapura".
"Beliau tidak boleh hanya memberi kami kenyataan seperti kita mesti mengalu-alukan warga asing tetapi kita akan menguruskan kemasukan mereka dengan berhati-hati. Tidak, ini tidak boleh diterima begitu sahaja," kata ketua SDP Chee Soon Juan.
Beliau berkata SDP tidak mengatakan ia mahu "menutup pintu" atau mengusulkan "sifar imigrasi.
"Apa yang kami katakan ialah jumlah yang banyak yang kita benarkan warga asing masuk ke Singapura akan merugikan negara ini. Dan ia tidak mampan," tambah Dr Chee.
Pemimpin SDP dan calon GE2025 itu berkata demikian semasa berucap di Sekolah Rendah Beacon di SMC Bukit Panjang pada Jumaat (25 Apr). Ia merupakan satu-satunya rapat pilihan raya semalam dan yang kedua bagi SDP dalam pilihan raya ini.
Pengerusi SDP Paul Tambyah akan bertarung dengan Encik Liang Eng Hwa daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di SMC tersebut.
Enam calon SDP yang menyampaikan ucapan sebelum ucapan Dr Chee mempertahankan pemindahan ketua parti mereka ke SMC Sembawang West – sesuatu yang dipersoalkan oleh Menteri Kesihatan Ong Ye Kung pada malam sebelumnya.
SDP meletakkan 11 calon di empat kawasan undi kali ini – SMC Bukit Panjang, GRC Marsiling-Yew Tee, GRC Sembawang dan SMC Sembawang West.
IMIGRESEN
SDP telah membentangkan kedudukannya mengenai imigrasi dalam manifestonya. Ia mahu mengutamakan rakyat Singapura dalam tenaga kerja Singapura dengan "skim bakat" untuk memastikan "hanya karyawan asing yang kemahiran dan kelayakannya disahkan dengan teliti boleh bekerja di Singapura".
Pada Jumaat malam, Dr Chee menegaskan bahawa SDP bukan bersifat "anti-warga asing".
"Sebagai rakyat Singapura, kami tidak menzalimi tetamu kita, kami tidak menghina mereka. Kami lebih baik daripada itu, kerana kami adalah warga Singapura. Kami akan melayan setiap individu di Singapura, warga tempatan atau sebaliknya, dengan hormat, dengan baik dan bermaruah.
"Bukan warga asing yang kita lawan. Ia adalah dasar imigrasi yang tidak rasional dan tidak bertanggungjawab PAP yang kita persoalkan."
“Jika kita terus membenarkan PAP membawa masuk lebih ramai warga asing, masalah kesihatan mental kita, kos sara hidup, kesesakan, kemerosotan alam sekitar dan kualiti hidup secara keseluruhan akan menjadi lebih teruk.”
Jika dipilih, para calon SDP mahu bekerjasama dengan pemerintah untuk membina perpaduan dengan rakyat baharu dan warga asing di Singapura, kata Dr Chee.
"Tetapi itu tidak memberikan lesen kepada PAP untuk terus meningkatkan bilangan warga asing di negara ini. Kita mesti lebih bijak, lebih berhemah dalam dasar imigrasi kita."

Sumber : CNA/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.