GE2025: Isnin 5 Mei diisytihar cuti sekolah
5 Mei, iaitu hari Isnin selepas Hari Mengundi pada Sabtu (3 Mei), akan menjadi cuti sekolah, umum Kementerian Pendidikan (MOE).
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: 5 Mei, iaitu hari Isnin selepas Hari Mengundi pada Sabtu (3 Mei), akan menjadi cuti sekolah, umum Kementerian Pendidikan (MOE).
Memandangkan Hari Mengundi adalah cuti umum dan diadakan pada 3 Mei, iaitu hari Sabtu, maka itu hari Isnin berikutnya akan menjadi hari cuti, kata MOE dalam kenyataannya pada Rabu (16 Apr).
Ia juga terpakai kepada semua kakitangan di tadika MOE, sekolah rendah dan menengah, serta maktab rendah dan Institut Millennia, menurut kenyataan itu.
Kelas akan disambung semula pada Selasa, 6 Mei.
Rakyat Singapura akan keluar mengundi pada 3 Mei untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (GE2025).
Para pekerja harus diberi cuti sehari atau gaji sebagai ganti, memandangkan Hari Mengundi jatuh pada hari Sabtu, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Selasa (15 Apr).
Sebagai hari cuti umum, Hari Mengundi sama seperti mana-mana cuti umum yang lain, kata MOM.
Para majikan juga mempunyai pilihan tambahan untuk memberikan cuti sebagai ganti, berdasarkan waktu kerja yang dipersetujui bersama, untuk bekerja pada hari cuti umum bagi golongan pekerja tertentu, kata kementerian itu lagi.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.